AKTA Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 akan dimansuhkan, umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar yang juga Presiden PKR mengumumkan perkara berkenaan ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR 2026 pada Sabtu. Anwar berkata, meskipun beberapa pindaan dibuat terhadap akta berkenaan sebelum ini, masih terdapat perkara yang tidak memuaskan hati mahasiswa.“Mahasiswa merasakan mereka sepatutnya diberikan kebebasan. Kita sudah memberikan mereka lebih banyak kebebasan melalui pindaan terhadap AUKU sebelum ini, tetapi masih ada yang tidak berpuas hati dan mereka telah mengemukakan memorandum.“Jadi hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa kita akan memansuhkan akta berkenaan,” katanya.Pemansuhan akta itu merupakan sebahagian daripada komitmen reformasi PKR yang telah lama diperjuangkan.Awal tahun ini, sekumpulan mahasiswa yang mengadakan protes menggesa AUKU dimansuhkan dengan berjalan kaki ke bangunan Parlimen bagi menyerahkan memorandum menggariskan tuntutan mereka.Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata pihaknya bersedia mendengar segala rungutan yang dibangkitkan mahasiswa terbabit.Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kementeriannya terbuka untuk mengkaji semula AUKU, yang disifatkannya sebagai sebuah akta yang dinamik. - The Star.