Keadaan sebuah helikopter yang terbakar sepenuhnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada Sabtu.
SEBUAH helikopter terbakar ketika hendak berlepas bagi tujuan pengujian enjin selepas pembaikan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada Sabtu.Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.30 tengah hari. "Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah helikopter terbakar sepenuhnya."Dipercayai kebakaran itu berlaku ketika helikopter mahu berlepas bagi tujuan ujian enjin selepas kerja-kerja pembaikan."Empat mangsa berjaya menyelamatkan diri selepas kebakaran itu berlaku,"katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud mengesahkan kejadian itu.Menerusi satu kenyataan, CAAM memaklumkan semua penerbangan dari dan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang kini ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. "Landasan kini ditutup. Penumpang dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing."Insiden berkenaan akan disiasat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016," katanya dalam kenyataan. -The Star