AGENSI Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) mengesahkan satu gempa bumi berukuran 7.7 magnitud melanda wilayah Flores awal pagi Sabtu.Gempa utama berlaku pada pukul 4.58 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB) atau 5.58 pagi Waktu Indonesia Tengah (WITA). "Gempa bumi bermagnitud 7.7 telah berlaku," umum BMKG menerusi akaun X rasminya pada pagi Sabtu.Menurut agensi itu, pusat gempa terletak di luar pantai utara Pulau Flores pada kedalaman cetek 15 kilometer.Susulan gempa itu, agensi berkenaan mengeluarkan amaran awal tsunami melibatkan empat wilayah iaitu Nusa Tenggara Timur, Nusa Tenggara Barat (NTB), Sulawesi Selatan dan Sulawesi Tenggara.BMKG kemudian mengesan gelombang tsunami kecil di beberapa kawasan pesisir, termasuk Sikka pada pukul 5.03 pagi WIB setinggi 0.19 meter.Gelombang tsunami kecil turut berlaku di Labuan Bajo pada pukul 5.26 pagi WIB setinggi 0.36 meter.Dalam pada itu, penduduk tempatan wilayah Flores turut berkongsi situasi terkini di media sosial.Menerusi salah satu video tular [Tonton Video], seorang penduduk menunjukkan air laut mula surut di sekitar Labuan Bajo yang juga lokasi pelancongan popular di wilayah itu."Labuan Bajo gempa tiga kali, air surut," tulis individu itu."Dalam rakaman kamera telefon milik warga tempatan, pergerakan air laut Labuan Bajo semakin surut. Harap selalu waspada," tulis seorang lagi individu.Pihak berkuasa menggesa penduduk di kawasan pesisir supaya terus berwaspada serta mematuhi arahan kecemasan yang dikeluarkan oleh Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD), Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) dan BMKG.