SEORANG lelaki tampil mendedahkan taktik sebuah peniagaan menjual kentang bakar di Shah Alam yang mengeksploitasi pelanggan wanita sebagai subjek kandungan media sosial tanpa kebenaran.Katanya, sudut pengambilan gambar dan video yang diambil dianggap kurang sopan kerana bahagian dada pelanggan dilihat menonjol di akaun TikTok bisnes kentang bakar tersebut. Berdasarkan tangkap layar perkongsian aduan lelaki tersebut kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi e-mel, terdapat pelanggan yang pernah merayu agar video membabitkan diri mereka dipadamkan kerana berasa tidak selesa.Namun dia mendakwa permintaan itu tidak dilayan pada awalnya.Selain itu, peniaga dan pekerja turut didakwa mempersendakan pelanggan serta memberikan layanan berbeza dengan mengutamakan individu tertentu berdasarkan penampilan fizikal seperti cantik dan menawan untuk tujuan penggambaran kandungan media sosial.Lelaki berkenaan turut menggesa pihak berkuasa tempatan menjalankan siasatan dan pemantauan terhadap gerai terbabit serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya dakwaan tersebut terbukti benar.Perkongsian itu menarik perhatian warga maya yang berterima kasih dengan tindakan lelaki tersebut yang berani membuat aduan melalui saluran rasmi."Terima kasih sebab buat aduan, harap ahli keluarga perempuan-perempuan dalam video tu saman peniaga berkenaan."Berkat ke rezeki dia? Aku pelik kenapa perlu menjual sehingga rekod hanya pada pelanggan perempuan? Angle kamera pun di bahagian yang tak senonoh."Memang banyak kedai (lain) yang macam ni juga, penjual lelaki gatal merenyam," komen netizen.Sementara itu semakan di ruangan komen akaun TikTok gerai menjual kentang bakar tersebut mendapati terdapat pelbagai isu kontroversi lain turut dikaitkan dengan perniagaan mereka.