PERGADUHAN suami isteri biasanya akan berpunca daripada sikap pasangan yang sambil lewa terhadap tanggungjawab dalam rumah tangga terutamanya membabitkan soal anak.Seorang wanita berkongsi cerita perselisihan faham dengan suami tercetus ketika dia meminta lelaki itu menjaga anak mereka sementara dia membantu menghantar adik ipar ke tempat kerja. Menurut suri rumah itu, adik iparnya yang berusia 24 tahun tinggal bersama mereka memandangkan dia baru tamat pengajian dan bekerja secara sambilan sementara mengumpul wang untuk mengambil lesen memandu."Hari pertama, saya balik tengok anak tumpahkan air depan televisyen sampai karpet bersemut. Hari kedua pula, anak berak sampai bocor lampin tetapi dibiarkan.Kerjasama suami isteri penting dalam rumah tangga bagi mengelak masalah. -Gambar hiasan AI"Hari ketiga sebelum keluar anak-anak saya dah mandikan, minta dia pantau anak bukan pantau tapi dia mandi, main telefon. Suami marah pula," katanya.Kemuncak perselisihan berlaku apabila wanita itu pulang dan mendapati suaminya sudah bersiap untuk keluar bekerja.Menurutnya, ketika itu anak mereka berada di dalam rumah dan sudah memanjat grill sebelum menggigit kabel pengecas telefon."Saya sampai, suami terus gerak. Saya kalut parkir kereta dan sambut anak. Saya terfikir, macam mana kalau budak itu terjatuh dari grill?" katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyesal tumpangkan adik ipar pemalas, ‘bersarang’ sampai 5 tahun... Mengadu dengan suami jadi punca bergaduhARTIKEL BERKAITAN: Mentua salahkan menantu rumah bersepah, wanita pertahan kakak ipar dituduh pemalas... Sentuh bab cucu terus ‘naik hantu!’ Susulan kejadian itu, wanita berkenaan memberitahu suaminya bahawa dia tidak lagi mahu menghantar adik iparnya ke tempat kerja dan meminta suami menguruskan sendiri perkara tersebut."Saya cakap, awak tak jaga anak elok-elok. Pagi tadi awak terus keluar tanpa tunggu saya sampai betul-betul."Saya ada anak yang perlu dijaga. Anak saya ini tiada orang yang rela hati nak jaga dengan ikhlas walaupun darah daging sendiri," katanya.Wanita itu kemudian memaklumkan kepada adik iparnya bahawa dia tidak lagi mampu menghantarnya ke tempat kerja bermula keesokan harinya.Wanita kecewa suami didakwa tidak memantau anak ketika dia menghantar adik ipar kerja.Anak berdepan beberapa kejadian termasuk lampin bocor dan memanjat grill.Wanita nekad tidak lagi menghantar adik iparnya ke tempat kerja.Suami didakwa menganggap isterinya berkira apabila meminta bantuan.Netizen menyifatkan isu itu berpunca daripada sikap suami sebagai bapa.Ringkasan ini dijana oleh AIBagaimanapun, dia masih menawarkan bantuan lain seperti menyediakan bekalan makanan jika diperlukan.Katanya, adik iparnya memahami keadaan tersebut dan meminta abangnya membantu mencari bilik sewa berdekatan tempat kerja supaya dia boleh menggunakan bas atau berjalan kaki.Wanita itu turut memuji sikap adik iparnya yang disifatkan matang dan tidak mahu memanjangkan masalah, namun pada masa sama berasa kasihan melihat keadaan yang berlaku.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mendakwa suami wanita tersebut tidak bertanggungjawab di sebalik kebaikan isteri."Adik ipar tu salah satu asbab je untuk awak nampak siapa suami awak. Jadi abang tak berfungsi, jadi bapa pun tak guna," komen warga maya.