ISU membabitkan keturunan sememangnya sensitif apatah lagi jika ia dijadikan bahan sindiran dan buli sehingga menjejaskan emosi.Seorang pelajar perempuan mendakwa dia menjadi mangsa buli guru di sekolah kerana berketurunan Indonesia walaupun dia merupakan warganegara Malaysia dan memiliki MyKad. Menurut pelajar sekolah menengah itu, dia juga pernah dimalukan oleh guru di hadapan rakan sekelasnya hanya disebabkan latar belakangnya.Disindir di dalam kelas boleh memberi kesan emosi kepada pelajar. -Gambar hiasan AI"Salah ke jadi orang berketurunan Indonesia di Malaysia? Saya sebagai budak SMK selalu kena hukum dengan cikgu di sekolah sebab berketurunan Indonesia, padahal saya ada MyKad."Lebih teruk, saya dimalukan depan ramai pelajar. Mereka ingat kami yang keturunan Indonesia ini minta ke dapat keturunan itu?" katanya.Tambahnya, dia lebih terkilan apabila beberapa guru lain turut didakwa mentertawakan perkara tersebut."Siap boleh gelak-gelak lagi dengan cikgu lain. Ingat kami ini tak ada hati ke? Benda macam ini boleh buat mental pelajar jadi lagi teruk.ARTIKEL BERKAITAN: “Serupa bandar Indonesia!” - Anak jati KL menyampah lambakan warga asing di ibu kota, ‘naik lemak’ tak jaga perangaiARTIKEL BERKAITAN: “Ini Gombak ke Indonesia?” - Bertahun tahan sabar dengan geng main gendang, wanita muak budaya ‘memekak’ waktu sahur"Saya sampai marah dekat mak sebab saya keturunan Indonesia," katanya. Menurutnya, ibunya sebenarnya boleh membuat laporan berhubung perkara itu namun memilih untuk tidak membesarkan masalah tersebut."Yang suka sindir saya cikgu perempuan, kawan-kawan saya sedikit pun tak kisah keturunan saya," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menyifatkan isu membabitkan warga asing yang membuat masalah di Malaysia menyebabkan dia menjadi mangsa keadaan.Pelajar dakwa sering disindir guru kerana keturunan Indonesia.Dia didakwa dipermalukan di hadapan murid lain.Pelajar itu kecewa walaupun memiliki MyKad Malaysia.Pengalaman tersebut didakwa menjejaskan emosinya.Netizen berpendapat dia menjadi mangsa tempias isu warga asing.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sekarang tengah panas isu warga asing. Kalau mak ayah dapat MyKad memang kena tempias sekali. "Saya pun keturunan Indonesia, mak ayah ada IC merah tapi cikgu tak pernah ejek saya. Ini mesti awak ada buat apa-apa kesalahan."Rakyat Malaysia marah sebab ada spesis jenis tak sedar diri. Cuba sedar diri mesti orang tak marah," komen warga maya.