suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hebatnya ‘permainan’ ibu... Si bongsu kesayangan dah kahwin nak beli rumah, tapi disuruh guna nama kakak buat pinjaman!

Beban keluarga sering diletakkan di bahu anak sulung demi kelangsungan hidup bersama. -Gambar hiasan AI

SUDAHLAH perlu menanggung pelbagai komitmen termasuk sewa rumah, bil utiliti serta barangan dapur keluarga, seorang anak sulung kini semakin tertekan apabila diminta pula membuat pinjaman perumahan untuk adiknya.

Lebih menggores hati, arahan yang diberikan ibunya itu adalah untuk kesenangan adik perempuan yang sudah mendirikan rumah tangga.

Bukan itu sahaja, si ibu memberi alasan tidak membenarkan anak bongsunya membuat pinjaman sendiri kerana bimbang wanita itu mempunyai pelbagai komitmen kewangan lain pada masa hadapan.

"Adik aku nak beli rumah tapi mak aku tak bagi dia buat pinjaman perumahan. Mak suruh aku yang buat sebab katanya adik muda lagi dan nak guna banyak duit pada masa depan," luahnya di Thread.

Seorang ibu tidak seharusnya bersikap pilih kasih antara anak-anaknya. -Gambar hiasan AI

Seorang ibu tidak seharusnya bersikap pilih kasih antara anak-anaknya. -Gambar hiasan AI

Kecewa dengan sikap berat sebelah ibunya, wanita ini bersuara dan mempersoalkan tentang kehidupan dan nasibnya yang seolah-olah tidak penting dalam keluarga.

Mengulas lanjut, dia mengesyaki layanan berbeza yang diterima itu berpunca daripada faktor pekerjaan memandangkan ketiga-tiga adiknya bekerja sebagai penjawat awam, manakala dia sekadar pekerja swasta.

"Habis tu aku? Aku hanya beli kereta Perodua Myvi terpakai secara tunai, itupun bergaduh dengan mak sebab katanya aku boleh naik motosikal Modenas Kriss milik abah untuk pergi kerja.

"Kemudian dia heboh satu kampung yang aku ni makan harta mak abah pula," adunya sambil memberitahu dialah yang sebenarnya menanggung sebahagian besar perbelanjaan dapur serta bil di rumah mereka.

  • Anak sulung terkilan apabila diminta membuat pinjaman perumahan untuk adik bongsunya yang sudah berkahwin.
  • Ibunya enggan membenarkan si bongsu membuat pinjaman sendiri.
  • Pengadu mendakwa sering menerima layanan berat sebelah walaupun menanggung barangan dapur serta bil utiliti keluarga.
  • Dia pernah berpindah keluar, namun terpaksa kembali bagi menjaga ibunya yang sakit.
  • Netizen bersimpati dan menasihatinya supaya tidak mengambil pinjaman perumahan tersebut kerana komitmennya boleh berlanjutan selama puluhan tahun.

Mengakui tidak tahan dengan layanan yang diterima sehingga berasa terpinggir, pengadu mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari rumah.

Bagaimanapun, dia akhirnya terpaksa akur dan pulang semula ke rumah keluarga selepas dipaksa untuk menjaga ibunya yang tiba-tiba jatuh sakit.

Malah demi menyara kehidupan serta menguruskan ibunya, dia rela melepaskan jawatan di sebuah syarikat multinasional (MNC) dan sanggup melakukan dua pekerjaan dalam sehari selain mengambil tempahan perniagaan sampingan.

"Sebelum mak sakit, saya bekerja di sebuah syarikat MNC. Apabila balik duduk di kampung, saya bekerja sebagai kerani pentadbiran dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak buat, kena libas!” - Anak sulung kongsi realiti sebenar beban miliki keluarga besar... Mak ayah paksa urus rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok muka terus nak duit! Wanita anak sulung makan hati hadap perangai mak... Umur 60 tahun masih ligat main kutu, buat hutang

"Bermula pukul 5.30 petang hingga 1 pagi pula, saya jadi tukang masak dan pada hujung minggu buat perniagaan food vendor.

"Tapi alhamdulillah, sekarang saya dah dapat kerja yang lebih stabil sebagai eksekutif kanan dalam bidang pengurusan risiko," jelasnya.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati selain memintannya mengabaikan permintaan ibu yang disifatkan tidak masuk akal.

"Pinjaman perumahan ni bertahun-tahun nak bayar, tak payahlah ambil risiko. Mak ni kenapa nak pilih kasih, sedangkan anak yang tak disayang tulah yang sibuk jaga dia.

"Jangan harapkan kasih sayang mak atau harap dia akan berubah, sebab semua tu tak akan berlaku," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain