suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Rumah tangga cikgu, susunlah sendiri” - Wanita tegur perangai guru PJJ suka ‘memekak’ selepas gagal eGTukar

Segelintir guru gemar meluahkan rasa sedih di media sosial kerana permohonan bertukar penempatan gagal. -Gambar hiasan AI

SEJAK kebelakangan ini media sosial dibanjiri dengan luahan guru yang kecewa selepas permohonan pertukaran menerusi sistem eGTukar tidak diluluskan terutama melibatkan mereka yang sudah bertahun-tahun menjalani kehidupan berjauhan (PJJ) dengan pasangan dan keluarga.

Namun di sebalik pelbagai kisah duka dikongsikan, seorang wanita tampil menegur sikap segelintir guru yang didakwa terlalu meratapi nasib sehingga mempertikaikan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurutnya, setiap guru seharusnya sudah sedia maklum dab memahami risiko ditempatkan di mana-mana lokasi sebaik sahaja bersetuju menerima tawaran perkhidmatan.

Mendidik anak bangsa adalah tugas yang mulia. -Gambar hiasan AI

Mendidik anak bangsa adalah tugas yang mulia. -Gambar hiasan AI

"Sejujurnya kecewa dengan sebahagian kecil guru-guru yang merentan apabila eGTukar gagal.

"Cikgu, apabila cikgu setuju menerima tawaran perkhidmatan, bermakna cikgu setuju untuk ditempatkan di mana sahaja atas arahan KPM," katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Tegasnya, isu penempatan jauh dari keluarga atau kegagalan permohonan pertukaran bukan hanya berlaku dalam bidang perguruan, malah turut dihadapi kakitangan awam daripada sektor lain.

Dia turut mempersoalkan tindakan segelintir guru yang menandai akaun media sosial menteri seolah-olah kelulusan pertukaran merupakan hak mutlak yang wajib diberikan kepada mereka.

  • Media sosial dibanjiri luahan guru yang gagal dalam permohonan eGTukar, terutama mereka yang sudah lama menjalani kehidupan PJJ.
  • Segelintir guru turut menandai Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek supaya luahan mereka mendapat perhatian.
  • Seorang wanita menegur tindakan tersebut kerana guru seharusnya memahami risiko penempatan ketika menerima tawaran perkhidmatan.
  • Dia menegaskan masalah PJJ bukan hanya dialami golongan pendidik, malah turut dihadapi kakitangan awam dalam sektor lain.
  • Rata-rata netizen bersetuju dengan teguran itu dan menyifatkan tindakan menandai menteri sebagai tidak profesional kerana terdapat saluran rasmi berkaitan urusan pertukaran.

"Kenapa meroyan tag menteri seolah-olah hak untuk pindah tu wajib diberikan pada cikgu hanya kerana cikgu PJJ?

"Menjadi guru sangat mulia tapi bukan bermaksud kita boleh rasa kita terpaling berhak dalam semua perkara.

"Rumah tangga cikgu, susunlah sendiri dan kalau PJJ memakan jiwa nurani cikgu sampai kemurungan dan anxiety, cikgu mungkin boleh tengok bidang pekerjaan lain atau usahakan sambung belajar," tambahnya.

Malah katanya, sikap negatif segelintir guru menyebabkan mereka yang berpeluang berpindah tidak berani untuk berkongsi berita gembira demi menjaga hati dan mental individu PJJ.

ARTIKEL BERKAITAN: Batin terseksa, mental tercedera! Isteri ambil ubat tidur, dirujuk pakar psikiatri lepas suami PJJ pulang ke pangkuan keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak sanggup PJJ, suami berhenti kerja ‘oil and gas’ gaji 30K... Desak masuk badan beruniform, bagi alasan lebih terjamin

Sambil menegaskan bahawa kerjaya itu adalah pilihan sendiri, wanita ini meminta semua guru supaya lebih berlapang dada dan bersedia menerima sebarang risiko perkhidmatan.

"Apabila ditegur, ada yang doakan orang tu dapat ujian teruk-teruk sedangkan semua orang ada ujian tersendiri," ujarnya lagi.

Hantaran berbaur teguran itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya bersetuju bahawa bukan golongan pendidik sahaja berhadapan isu PJJ.

Terdapat guru yang membawa pulang tugasannya ke rumah bagi membolehkan masa diluang bersama anak. -Gambar hiasan AI

Terdapat guru yang membawa pulang tugasannya ke rumah bagi membolehkan masa diluang bersama anak. -Gambar hiasan AI

Tidak kurang juga yang menyatakan mereka sanggup mengambil langkah berhenti kerja berbanding membuka pekung di media sosial sehingga menjejaskan nama baik seorang guru.

"Berhenti je dan kerja sebelah dengan pejabat pasangan, silap-silap lepas tu merungut perkara lain pula.

"Saya berhenti dan saya gembira sebab sebelum ini didianosis tiga masalah mental, tak perlu tag mana-mana menteri.

"Sebagai guru yang gagal eGTukar, sedikit sebanyak saya setuju dengan teguran ni. Kita ada banyak saluran dalam urusan perpindahan, kalau sampai tag menteri itu sangat tidak professional," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain