suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tengah sarat mengandung, wanita stres keluarga mentua nak tumpang tidur rumah 4 hari - “Bilik ada tiga, ruang tamu sangat kecil”

Menumpang di rumah orang memerlukan adab dan pertimbangan agar tidak menjejaskan keselesaan serta keharmonian tuan rumah. -Gambar hiasan AI

TIDAK semua orang selesa apabila rumah sendiri dipenuhi ramai tetamu, apatah lagi jika mereka perlu berkongsi ruang yang terhad untuk beberapa hari.

Bagi seorang wanita, situasi itu menjadi semakin mencabar apabila keluarga mentua termasuk adik-beradik suami, anak-anak buah serta mentuanya merancang untuk 'berkampung' di rumah mereka selama empat hari.

"Macam mana nak terima dengan hati terbuka bila adik-beradik suami, dengan anak-anak buah berbelas orang termasuk mentua, nak duduk rumah kita selama empat hari?

"Bilik ada tiga sahaja, ruang tamu sangat kecil," luahnya.

Suami sewajarnya peka dengan keperluan serta keselesaan isteri yang sedang hamil. -Gambar hiasan AI

Apa mengecewakan, apabila perkara berkenaan disuarakan kepada suaminya, lelaki itu bertindak menyalahkan dirinya kerana enggan bertoleransi dan menerima 'budaya' keluarganya.

"Bila tanya suami, memang lifestyle keluarga dia suka berkampung rumah adik-beradik ramai macam tu. Keluarga saya tak macam tu. So agak culture shock. 

"Kalau setakat singgah sekejap atau tidur satu malam je, saya okay. Ini sampai tiga malam. Bila saya cakap tak selesa, suami kata saya tak faham dia, tak boleh terima cara keluarga dia," ujarnya dalam satu hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiga empat hari je pun!“ - Wanita kerja ‘oversea’ jauh hati, ibu bapa selamba bagi saudara tumpang rumah baru tanpa izin

ARTIKEL BERKAITAN: Izin tumpang sebab rumah dekat dengan universiti, wanita terkedu adik perempuan sanggup ‘panjat’ tubuh abang ipar

Menurutnya, dia bukan mahu memperbesarkan isu, sebaliknya berharap suaminya turut mengambil kira keadaan dan keselesaan semua pihak.

"Perlu la ada common sense, contohnya tempahlah homestay atau adik-beradik dia bahagi dua... separuh duduk rumah abang dia yang dekat daerah sama dengan kitaorang.

"Saya mengandung dah masuk trimester ketiga, lagi la saya jenis cepat rimas kalau ramai sangat orang. Belum cakap fasal panas lagi. 

  • Seorang wanita stres apabila keluarga mentua mahu tinggal di rumahnya selama empat hari.
  • Rumah kecil dan hanya ada tiga bilik, jadi dia rasa tidak selesa.
  • Dia juga sedang hamil trimester ketiga dan mudah rimas.
  • Suaminya pula menganggap dia tidak memahami budaya keluarganya.
  • Netizen cadangkan mereka berbincang atau sewa homestay.

"Saya cuba nak terima je, tapi ini sampai dah tahap stres sangat sangat dan migrain fikir. Tolong bagi nasihat yang murni," luahnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan wanita tersebut dan berpendapat keselesaan serta keadaan dirinya yang sedang sarat mengandung wajar diberi perhatian.

Ada menyarankan supaya pasangan itu berbincang dengan baik bagi mencari jalan tengah, termasuk mempertimbangkan pilihan penginapan lain sekiranya rumah mereka tidak mampu menampung jumlah ahli keluarga yang ramai.

Artikel Lain