PERBEZAAN taraf hidup dan kedudukan kewangan kadangkala boleh mewujudkan jurang yang agak ketara dalam sesebuah keluarga.Situasi seperti ini boleh mengubah cara ahli keluarga bergaul, selain berisiko mencetuskan rasa rendah diri, salah faham mahupun perbandingan sesama sendiri. Pengalaman itu turut dirasai seorang wanita apabila mendapati abangnya berubah sikap secara perlahan-lahan selepas mereka masing-masing meningkat dewasa.Individu berkemampuan perlu membantu ahli keluarga yang serba kekurangan. -Gambar hiasan AI“Saya hadap benda ni apabila dah dewasa. Ada jurang ekonomi. Saya adik bongsu. Saya jadi T20 lepas tamat pengajian peringkat ijazah. Abang saya pula B40.“Sekarang apabila balik kampung, saya rindu gurauan kasar dan usikan abang macam dulu-dulu. Saya rindu abang saya masa zaman sekolah dulu.“Tapi sejak ada jurang ekonomi, dia jadi segan dan hormat dengan saya. Saya tak suka situasi ini,” kongsi wanita itu.Wanita kongsi cerita tentang jurang pendapatan dia dan abangnya.Wanita itu kaya selepas tamat belajar, namun abangnya masih B40.Dia sedih setiap kali balik kampung kerana layanan abangnya berubah.Abangnya mungkin segan dengan kekayaan adiknya sehingga dia dilayan seperti tetamu.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut wanita itu, dia juga berusaha sedaya upaya untuk menjaga perasaan abangnya bagi mengelakkan sebarang salah faham atau rasa kurang selesa.“Saya balik kampung sebagai adik, tapi saya disambut sebagai ‘orang kaya’ oleh abang sendiri.“Apa yang saya buat sekarang, saya bagi duit senyap-senyap dekat mak. Biar dia yang uruskan semua belanja,” ujarnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Anak bengang ibu bapa B40 cakap tak serupa bikin! Suruh berjimat tapi ‘loan’ iPhone dua tahun, tukar kereta baharu ansuran RM1,000 sebulanARTIKEL BERKAITAN: Pelajar B40 teringin beli iPhone guna biasiswa, ‘reward’ dapat belajar di luar negara - “Bukan guna duit parents aku pun!”Perkongsian yang dibuat di aplikasi Threads itu turut mengundang pelbagai komen netizen.Malah, ramai netizen mengakui mereka turut melalui situasi sama dalam keluarga masing-masing.“Saya pun anak bongsu. Walaupun abang saya susah, dia macam malu nak minta tolong.“Jangan fikir bukan-bukan. Abang ni dia banyak pendam, tapi dia gembira lihat adik-adiknya lebih berjaya,” tulis netizen.