suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minta gaji RM5,000 tapi soalan asas pun tak boleh jawab... Penemu duga ‘kagum’ calon Gen Z berangan tahap maksimum!

Ramai golongan muda lebih berani mempertahankan hak mereka sebagai pekerja. -Gambar hiasan AI

SETIAP calon yang mencari pekerjaan pastinya mempunyai jangkaan atau sasaran tersendiri, termasuk jumlah gaji yang dirasakan sesuai dengan mereka.

Namun menurut seorang panel penemu duga, dia hairan dengan segelintir anak muda yang mengharapkan gaji tinggi walaupun tidak memiliki kemahiran sepadan.

Menerusi satu hantaran yang tular di media sosial, individu berkenaan membangkitkan persoalan tentang tahap keyakinan segelintir calon muda yang dianggapnya tidak berpijak di bumi nyata.

Golongan terdahulu memiliki corak pemikiran berbeza dengan pekerja generasi muda. -Gambar hiasan AI

"Saya nak tanya Gen Z. Apa yang ada dalam fikiran sewaktu kamu minta gaji RM4,500 sampai RM5,000 sewaktu temu duga kerja?

"Apabila ditanya, boleh ke kamu berdikari, siapkan tugasan sendiri tanpa pengawasan, kamu terus nampak kelu dan keliru.

"Calon ini hanya memiliki pengalaman kerja selama dua tahun," tulis individu itu.

  • Seorang panel penemu duga dari sebuah syarikat tular selepas kongsi cerita tentang calon Gen Z.
  • Dia berkata calon itu memohon gaji sehingga RM5,000 sebulan untuk jawatan yang ditawarkan.
  • Calon itu hanya mempunyai pengalaman kerja selama dua tahun ketika dia hadir untuk temu duga.
  • Panel itu berkata calon berkenaan terdiam selepas ditanya sekiranya dia boleh bekerja tanpa pengawasan.

Jelasnya lagi, dia bekerja dalam sektor kejuruteraan dan berpengalaman menapis ribuan permohonan pekerjaan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, pandangan panel penemu duga itu tidak dipersetujui oleh majoriti pengguna di ruangan komen aplikasi Threads.

"Gen Z masih dalam proses belajar. Kalau kamu tak mampu, tak payah ambil bekerja. Dalam ekonomi sekarang, gaji RM4,000 itu biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Gen Z beli kereta pertama tinggal kenangan, bank ‘reject’ permohonan pinjaman sebab kad kredit dan BNPL

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu aku tak boleh janji” - Pekerja Gen Z ‘naik tocang’, kurang ajar ditegur jangan masuk kerja lambat

"Terus terang je la dekat calon tu. Maklumkan je yang syarikat kamu tak mampu nak bayar gaji yang diminta. Habis cerita.

"Kalau tak mampu bayar, tak payah ambil dia bekerja. Tak perlu nak salahkan generasi muda yang bercita-cita besar.

"Tolong nyatakan apa nama syarikat ini. Takut aku tersalah mohon kerja kat sini pula," tulis netizen.

Artikel Lain