suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rohingya didakwa mampu beli emas harga puluhan ribu, wanita persoal sumber kekayaan pelarian di Malaysia

Segelintir pelarian Rohingya didakwa mampu hidup mewah di negara ini. -Gambar hiasan

SEORANG wanita mencetuskan perbincangan hangat di media sosial apabila secara sinis menyeru golongan perompak 'membantu' menyiasat kekayaan pelarian Rohingya.

Dakwa wanita berkenaan, golongan pelarian yang mencari perlindungan di negara ini dilihat mampu memiliki barangan kemas mencecah puluhan ribu ringgit.

Menerusi satu hantaran sinis yang tular di Threads, wanita berkenaan menyuarakan rasa hairan bagaimana golongan tersebut boleh hidup mewah di negara ini.

"Perhatian kepada para perompak. Pergi rompak rumah Rohingya. Aku tengok puak Rohingya banyak beli emas. Sekali beli mengalahkan rakyat (Malaysia).

A shopkeeper arranging gold bracelet on a trayat SMS Deen shop at Jalan msid India.AZHARMAHFOF/The Star (7/8/2020)

Ramai yang tidak mampu membeli emas dalam situasi ekonomi hari ini. -Gambar hiasan AI

"Paling lekeh RM10,000. Kita rakyat nak kumpul RM10,000 tu pun seksa sebab nak kena bayar itu ini.

"Mereka senang-senang datang tempat kita, macam negara ini mereka punya," tulis wanita itu di Threads.

Hingga kini hantaran itu menerima lebih 17,000 tanda suka (likes) dah turut dihujani hampir 400 komen netizen.

  • Seorang wanita tular selepas mendakwa pelarian Rohingya mampu hidup mewah di Malaysia.
  • Dia mendakwa ada warga Rohingya yang mampu membeli beli emas harga puluhan ribu ringgit.
  • Dia juga memberi 'cadangan' kepada perompak untuk menyasarkan pelarian warga Rohingya.
  • Beberapa lagi netizen turut bersetuju dengan dakwaan wanita itu tentang kekayaan pelarian di Malaysia.

Di ruangan komen, beberapa individu turut bersetuju dengan wanita itu berdasarkan pengalaman mereka berhadapan dengan pelarian Rohingya.

"Hari tu pergi tengok gelang dekat kedai emas di Kulim, Kedah. Ada Rohingya ni bawa emas satu bekas. Dia suruh orang kedai timbang. Aku dengar anggaran dalam ratus ribu.

"Rohingya beli emas harga puluh-puluh ribu. Mereka tak beli yang harga RM2,000 ke RM3,000. Kaya Rohingya yang duduk Malaysia. Sebab tu mereka tak mahu balik Myanmar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka buat salah, habis kita semua kena” - Pekerja Bangladesh kesal imej tercalar, tak suka Rohingya buat hal di Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terseksa satu bas dengan 40 lelaki Rohingya, bau ‘bangkai’ menusuk hidung - “Dari Pasir Putih sampai Machang aku tak bernafas”

"Dah tu modal mengemis, bawa anak kecil ke sana sini. Orang bodoh pergi sedekah duit. Satu keluarga, sehari boleh ribu-ribu untung hasil mengemis," tulis netizen.

Tambah pelayar Threads lagi, golongan itu lebih senang untuk mengumpul wang kerana mereka tidak perlu membayar cukai seperti rakyat tempatan.

Artikel Lain