Pendedahan kanak-kanak kepada asap rokok boleh memberikan kesan negatif terhadap kesihatan dan perkembangan mereka. -Gambar hiasan AI (kanan).
TABIAT merokok bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan perokok, malah asap yang dilepaskan turut membawa padah kepada orang di sekeliling, khususnya kanak-kanak dan bayi yang masih kecil.Sama ada rokok konvensional atau elektronik, kedua-duanya tetap memberi kesan buruk terhadap kesihatan dan tabiat tersebut tidak seharusnya dipandang remeh. Namun, membayangkan asap berbahaya itu dihembus oleh orang luar sudah cukup membuatkan kita berang, apatah lagi jika ia dilakukan oleh seorang bapa kandung yang tergamak menggadaikan kesihatan anak sendiri tanpa rasa bersalah.Asap rokok boleh meningkatkan risiko masalah pernafasan, batuk dan penyakit serius. -Gambar hiasan Itulah situasi yang dikongsikan seorang wanita ini apabila mendakwa suaminya bertindak menghembus asap pod secara sengaja ke arah muka bayi mereka yang baru berusia 11 bulan.Menurutnya, dia berasa marah sehingga hilang pertimbangan selepas melihat tindakan suaminya terhadap anak mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Anak masuk ICU, seorang lagi batuk gara-gara asap! Jiran kuat merokok naik angin bila ditegurARTIKEL BERKAITAN: Geram dapat jiran suka merokok di balkoni, bau asap melekat di pakaian! Tegur baik-baik tapi tak ‘jalan’"Kalau saya pukul suami sebab dia hembus asap pod depan muka anak, saya salah ke? Anak saya 11 bulan, tengah batuk berkahak."Saya ternampak suami memang sengaja hembus asap pod depan muka anak, dia siap pegang kepala anak saya. Bila dia nampak saya tengok, dia buat-buat terkejut," kongsinya.Lebih mengejutkan, wanita itu turut mendakwa pod milik suaminya bukan sekadar mengandungi cecair vape biasa, sebaliknya telah dicampur dengan bahan yang didakwa sebagai 'mushroom'."Pod tu dia titik mushroom. Dia hembus depan muka anak. Patutlah dia macam tak siuman," kongsinya lagi.Seorang wanita geram suaminya sengaja menghembus asap pod ke muka bayi mereka yang berusia 11 bulan.Bayi tersebut dilaporkan sedang mengalami batuk berkahak.Wanita itu mendakwa pod berkenaan dicampur dengan bahan yang dipanggil ‘mushroom’.Bimbang keselamatan anak, wanita itu mengambil keputusan untuk keluar rumah,Warga maya mengecam tindakan lelaki itu dan menyarankan wanita berkenaan mengutamakan keselamatan anak.Ringkasan ini dijana oleh AIEnggan merisikokan keselamatan serta nyawa anaknya yang masih kecil, wanita tersebut mengambil keputusan tekad untuk keluar dari rumah berkenaan dan berhasrat mendapatkan bantuan pihak berkuasa secepat mungkin.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa berang serta terkejut dengan tindakan si bapa yang disifatkan langsung tidak berhati perut hingga membahayakan nyawa anak sendiri.Malah, ada yang menyarankan supaya wanita berkenaan mempertimbangkan tindakan yang sesuai demi memastikan keselamatan dan kebajikan anaknya terus terpelihara, selain tidak membiarkan perkara tersebut berulang pada masa akan datang.