suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasa tak guna jadi ketua keluarga! Suami merintih gaji sesak, malu isteri asyik tolong 'top up' duit belanja

Kebanyakan suami sanggup melakukan lebih daripada satu kerja untuk mencari pendapatan tambahan demi keselesaan keluarga. -Gambar hiasan AI

MENCARI nafkah dan memastikan keperluan keluarga sentiasa mencukupi merupakan amanah terbesar buat setiap lelaki yang bergelar suami..

Namun, hakikatnya tidak semua lelaki bernasib baik mempunyai kemampuan kewangan yang sama. 

Ada yang terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan demi mencari pendapatan tambahan agar keluarga dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Situasi itu turut dilalui seorang suami yang mengakui berasa rendah diri apabila tidak mampu menyediakan yang terbaik buat isteri dan anak-anak kerana bergaji kecil.

Suami isteri perlu sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain. -Gambar hiasa AI

"Apa perasaan suami yang gajinya tak seberapa dan kurang mampu nak bagi macam-macam dekat isteri dan anak-anak?

"Malah kadang-kadang isteri pula yang bagi duit untuk bayar makan, duit minyak. Isteri jenis yang tak berkira. Cuma aku yang rasa tak guna dan down," luahnya.

Sedar akan pendapatan utamanya yang tidak mencukupi, lelaki itu mengambil inisiatif melakukan kerja sambilan sebagai penghantar barang demi mencari wang tambahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siang malam buat ‘part time’ e-hailing, isteri pelik suami masih ‘meratib’ tak ada duit... Sudahnya kena guna wang sendiri juga

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit hati suami terlalu kuat kerja, isteri luah perasaan di Facebook... Bengang langsung tak tolong kerja rumah - “Bini bibik ke?”

Namun pada masa sama, dia terhimpit dalam dilema apabila masa kualiti bersama isteri dan anak-anak semakin terhad.

"Isteri siap cakap, tak payah buat kerja hantar barang, dia bagi duit untuk bayar makan dan lain-lain," katanya dalam hantaran di Threads.

Biarpun bersyukur kerana pasangannya sentiasa memahami situasi kewangannya dan tidak pernah berkira, perkara itu tetap membuatkan lelaki berkenaan berasa tertekan dan hilang keyakinan diri sebagai seorang suami.

"Ada ke suami lain yang macam ni dan apa yang anda buat untuk atasi masalah ni?" soalnya sambil meminta pandangan daripada orang ramai.

  • Seorang lelaki rasa rendah diri kerana bergaji kecil dan tidak mampu beri yang terbaik untuk keluarga.
  • Isterinya tak berkira dan sering membantu membayar makan dan minyak.
  • Dia buat kerja sambilan sebagai penghantar untuk tambah pendapatan.
  • Namun, dia dilema kerana masa bersama keluarga semakin berkurang.
  • Netizen beri semangat dan minta dia hargai pengorbanan isterinya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada lelaki berkenaan agar tidak terlalu menyalahkan diri sendiri hanya kerana kekangan kewangan.

Ada yang menyifatkan sikap isterinya yang tidak berkira dan sanggup membantu ketika susah sebagai satu perkara yang wajar dihargai.

"Gaji rendah usaha lagi, yang penting jangan malas.

"Anggap sebagai hutang. Nanti apabila dah mampu, bayar balik. Jangan sesekali rasa 'senang' dengan situasi sekarang. 

"Hargai isteri dan anak-anak dengan masa, kesetiaan, kasih sayang yang cukup," komen netizen. 

Artikel Lain