KEADAAN bilik yang kotor dan berbau busuk tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi apabila melibatkan penghuni wanita yang sepatutnya lebih peka bab kebersihan.Namun, itulah dugaan pahit yang perlu ditelan oleh seorang gadis apabila mendakwa rakan sebiliknya langsung tidak mengendahkan kebersihan diri dan ruang bersama."Macam mana aku nak tegur? Bau rambut dia sangat busuk. Dia basahkan rambut setiap hari tapi tak keringkan pun, dia terus ikat. Kadang dia tak basuh rambut.Sikap pengotor boleh mencetuskan konflik sesama rakan sebilik. -Gambar hiasan AI "Dia mandi sehari sekali je, itu pun pada waktu pagi. Petang dia tak mandi walaupun sedang datang haid. Bekas makanan pun dia kumpul sampai empat hari, barulah dia buang."Dia juga peram baju yang dah dibasuh dalam baldi selama sehari sebelum disidai. Baldi tu dibiarkan dalam bilik. Sampai luar berbau, apatah lagi dalam bilik," dakwanya.Menurut pengadu, orang luar pasti tidak menyangka rakan sebiliknya itu seorang yang pengotor kerana dia sentiasa kelihatan kemas dan bergaya apabila berada di luar.Gadis kongsi cerita tentang rakan sebiliknya yang pengotor.Dia rimas bau badan serta rambut rakannya yang berbau busuk.Rakan sebiliknya itu juga malas mandi walaupun sedang datang bulan.Dia juga pernah tegur dan sindir, namun rakan sebiliknya tak berubah.Ringkasan ini dijana oleh AIJelasnya, gadis berkenaan bukan sahaja suka menyembur minyak wangi dengan banyak, malah sentiasa mengenakan solekan tebal setiap kali keluar rumah."Kalau tegur, dia tarik muka. Hari tu aku dah sindir. Mungkin kena guna cara lain agaknya untuk bagi dia sedar. "Rasanya dia tak sedar bau diri sendiri sebab dia dah terbiasa. Sebab tu dia rasa okey je," tulis gadis itu menerusi aplikasi Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Pakai t-shirt dengan seluar denim pun dihina! Siswi merana dapat ‘roommate’ suka menghukum, siap digelar ‘tino garik’ARTIKEL BERKAITAN: Muka nak berseri tapi hati tak berapa cantik! Gadis berang ‘roommate’ buka lampu tengah malam demi rutin ‘skincare’Hantaran tular itu turut menerima lebih 100 komen netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib pengadu."Waktu datang haid pun tak mandi? Dia tak rimas ke dengan bau? Kita ni berpeluh sikit pun dah mandi."Saya pun pernah kena macam ni waktu sambung belajar dulu. Kat luar berhias, mekap tebal, tapi bilik kotor," tulis netizen.