suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga bulan ‘berpisah tempat tidur’, isteri cari jalan damai... Ikrar nak vakum bilik dua kali sehari!

Masalah rambut gugur juga boleh menjadi punca pergaduhan suami isteri. -Gambar hiasan AI

PERSELISIHAN faham antara suami isteri merupakan perkara biasa, namun jika dibiarkan berlarutan tanpa penyelesaian ia boleh menyebabkan hubungan menjadi dingin.

Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila dia dan suaminya sudah tiga bulan 'berpisah tempat tidur' hanya kerana masalah rambutnya yang sering gugur.

Menurut wanita itu, suaminya kerap merungut apabila melihat rambut bertaburan meskipun dia sudah berusaha membersihkannya.

 

Perselisihan faham antara suami isteri perlu diselesaikan dengan cara berhemah. -Gambar hiasan AI

"Suami marah sebab banyak rambut saya gugur dekat lantai. Saya dah vakum tiga kali seminggu tapi masih banyak rambut.

"Suami bising sampai berkali-kali cakap lebih baik tidur asing-asing," luah wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami geram isteri asyik nak hidup selesa, keras kepala enggan berhimpit 7 orang dalam Bezza dari KL ke Penang!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak gigit kabel pengecas telefon, isteri ‘meletup’ suami lepas tangan soal rumah tangga - “Darah daging sendiri pun tak rela nak jaga”

Terkilan dan berkecil hati dengan teguran suami yang berulang kali itu, wanita berkenaan akhirnya nekad mengambil keputusan untuk mengangkat kaki dan berpindah ke bilik tetamu.

"Sampai hari ini dah tiga bulan masih macam ni. Saya tidur bilik tetamu, suami di bilik utama.

"Rasa dah macam rakan serumah, bukan suami isteri lagi," katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Menurut wanita itu, suaminya seorang yang sangat mementingkan kebersihan dan tidak boleh melihat keadaan rumah yang bersepah atau kotor.

Bagaimanapun, dia menjelaskan hubungan mereka masih baik dan layanan suaminya juga tidak berubah kecuali dalam isu berkaitan rambut gugur tersebut.

"Setakat ini kami berdua baik-baik saja. Suami pun sama saja layan saya. Cuma bab rambut tu dia mungkin tak suka. Saya ego, suami pun ego," katanya.

  • Wanita dan suami tidur berasingan sejak tiga bulan lalu.
  • Rambut gugur di lantai menjadi punca perselisihan.
  • Isteri mendakwa sudah vakum rumah tiga kali seminggu.
  • Hubungan mereka masih baik meskipun tidak lagi tidur sebilik.
  • Netizen cadang cari punca rambut gugur dan guna vakum robot.

Tidak mahu keadaan itu berterusan, wanita berkenaan bercadang untuk lebih kerap membersihkan bilik selain mahu berbincang dengan suaminya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Lepas ni nak cuba vakum setiap hari pagi dan petang. Harapnya selepas ini akan baik. Sampai bila nak macam ni," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menyarankan wanita tersebut dengan pelbagai tip bagi mengelak rambutnya tidak lagi gugur.

"Cuba cari penyelesaian bukan tidur asing. Beli vacum robot tu ke supaya boleh sentiasa bersih lantai atau pergi klinik periksa kenapa ada masalah rambut gugur.

"Beli serum dari Jepun tu, ia bagus, rambut berhenti gugur," komen warga maya.

Artikel Lain