SABAN hari, pasti ada sahaja cerita-cerita kurang enak mengenai Generasi Z (Gen Z) yang menjadi topik perdebatan hangat di media sosial.Terbaharu, seorang pekerja senior di sebuah syarikat turut mengundang perhatian ramai selepas dia meluahkan rasa kurang senang terhadap generasi muda yang didakwa terlalu manja dalam dunia pekerjaan. Menurut individu itu, dia hairan melihat daya ketahanan Gen Z yang begitu rapuh sehingga mudah untuk berputus asa setiap kali berdepan cabaran di tempat kerja.Generasi muda dikatakan lebih berani bersuara apabila mereka ditindas di tempat kerja. -Gambar hiasan AI"Wahai Gen Z, kenapa kamu semua ni sikit-sikit nak berhenti kerja? Penatlah aku melayan kerenah budak Gen Z ni."Masa aku baru-baru kerja dulu, teruk kena tekan sampai kepenatan. Dah penat sangat barulah ambil cuti, lepas tu masuk kerja balik," luahnya.Perkongsian di aplikasi Threads itu mengundang hampir 200 komen netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan lelaki berkenaan.Seorang pekerja senior luah rasa kurang senang terhadap generasi muda hari ini.Dia mendakwa Gen Z begitu mudah berputus asa dalam dunia pekerjaan.Menurutnya, situasi itu jauh berbeza dengan dirinya sewaktu permulaan kerjaya.Ramai netizen tidak bersetuju dengan pandangan toksik pekerja senior itu.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut netizen, mereka bangga melihat generasi muda hari ini mengubah landskap dunia pekerjaan dengan cara mereka yang tersendiri."Saya bukan Gen Z. Tapi saya kagum tengok Gen Z menghargai nilai diri mereka. Tak macam generasi tua, kena pijak pun masih jilat syarikat."Kau dah terbiasa kerja dalam suasana toksik. Kau bukannya kuat, kau cuma bangga jadi hamba. Gen Z pula bukan tak lasak. Tapi mereka tahu beza antara kerja dan mati katak demi syarikat.ARTIKEL BERKAITAN: Wajah kacak, pemakaian kemas... Wanita terkedu Gen Z datang mohon kerja tak tahu isi borang, keliru soalan kolum ‘jantina’ARTIKEL BERKAITAN: Minta gaji RM5,000 tapi soalan asas pun tak boleh jawab... Penemu duga ‘kagum’ calon Gen Z berangan tahap maksimum!"Tolong jangan normalisasikan benda negatif yang kau terima dulu. Jangan salahkan generasi muda yang berani bersuara."Gen Z bukan berhenti kerja sebab tiada tanggungjawab. Tapi mereka pentingkan keseimbangan hidup dan kesihatan mental," tulis netizen.