SETIAP pasangan berkahwin pastinya mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga.Namun, tidak semua pasangan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa, khususnya apabila melibatkan soal kewangan dan kos sara hidup. Bagi seorang wanita, dia kini berada dalam dilema apabila hasratnya untuk memiliki anak selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga belum mendapat persetujuan suami.Besar tanggungjawab ibu bapa yang memiliki anak. -Gambar hiasan AI"Aku nak sangat mengandung. Dah 11 bulan kahwin tapi suami tak nak bagi aku mengandung."Dia sentiasa guna perlindungan (kondom) untuk mencegah kehamilan. Dia cakap dengan gaji RM2,000 tak dapat nak sara anak dan aku sebab kami tinggal di Kuala Lumpur," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan asnaf ditegur ‘liat’ rancang keluarga, tiap tahun tambah anak - “Rasanya dah boleh berhenti bagi bantuan”ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak buat, kena libas!” - Anak sulung kongsi realiti sebenar beban miliki keluarga besar... Mak ayah paksa urus rumah tanggaWanita berkenaan mengakui keinginan untuk menimang cahaya mata semakin membuak-buak kerana kerap berasa sunyi apabila bersendirian di rumah.Meskipun kerap berada di rumah, wanita itu menjelaskan dia bukanlah seorang suri rumah sepenuh masa, sebaliknya bekerja dari rumah bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang serta bercuti pada hujung minggu."Aku kerja dari rumah sepenuh masa. Gaji biarlah rahsia, tapi suami tak bagi aku guna duit sendiri untuk keperluan."Untuk kehendak sahaja aku guna duit sendiri, jadi aku ada banyak simpanan. Bagi suami, anak adalah keperluan dan nafkah, jadi dia memang nak guna duit dia sahaja," jelasnya.Isteri teringin memiliki anak selepas 11 bulan berkahwin.Suami mahu tangguh kerana hanya bergaji RM2,000.Kos sara hidup di Kuala Lumpur menjadi kebimbangannya.Isteri bekerja dari rumah dan mempunyai banyak simpanan sendiri.Netizen puji suami kerana memahami tanggungjawab membesarkan anak.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam pada itu, wanita berkenaan menegaskan isu mengenai perancangan untuk memiliki anak sebenarnya sudah dibincangkan sebelum mereka berkahwin."Kami dah bincang sebelum kahwin memang nak tangguh mengandung, tapi apabila lama-lama duduk rumah seorang, teringin pula nak ada anak macam orang lain."Cuma sekarang aku nak pendapat cara pujuk suami atau memang patut tunggu sampai suami bersedia?" soalnya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang memuji cara suami wanita itu berfikir demi masa depan isteri dan anak-anak."Betul apa yang dia fikir, ada anak nanti banyak pakai duit, banyak doa pada Allah. Apabila dah ada duit lebih, barulah rancang untuk miliki anak."Bagus pemikiran suami awak tu. Maknanya dia tahu tanggungjawab, dia faham nak besarkan anak tu kos tinggi," komen warga maya.