Sentiasa bertanyakan pandangan orang terdekat sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan. -Gambar hiasan AI
BELUM sempat reda kesedihan akibat kehilangan suami, seorang wanita diuji lagi apabila hampir menjadi mangsa penipuan individu tidak bertanggungjawab yang mendakwa arwah mempunyai tunggakan hutang.Lebih mencurigakan, lelaki berkenaan mendakwa dia adalah junior di sekolah lama arwah sebelum memberitahu kononnya suaminya masih mempunyai baki hutang RM1,500. Menceritakan semula insiden itu, dia memberitahu menerima panggilan daripada individu terbabit dalam tempoh tidak sampai seminggu selepas suaminya meninggal dunia.Panggilan itu dibuat ke telefon arwah terlebih dahulu sebelum lelaki terbabit menghubungi nombor peribadinya."Hampir kena scam RM1,000. Nasiblah sempat rujuk pada famili. Ada orang call ke telefon arwah suami tapi saya tak dengar masa dapat panggilan. Lepas tu dia call nombor saya."Kenalkan diri katanya junior sekolah lama arwah suami. Tapi sebut nama penuh suami. Selalu kawan-kawan arwah tak akan panggil nama penuh.Jangan buat keputusan terburu-buru apabila melibatkan urusan kewangan. -Gambar hiasan AI"Dia cakap suami ada hutang RM3,000 tapi dah bayar separuh. Ada lagi RM1,500 belum selesai. Saya terkejut sebab tak tahu apa-apa. Dia cakap suami pinjam masa PKP," ceritanya di Threads.Difahamkan, pengadu menjalankan perniagaan bersama arwah suaminya, namun tidak mendedahkan lanjut mengenainya.Bercerita lanjut, wanita itu berkata niat lelaki yang menghubunginya itu semakin diragui kerana sepanjang tempoh PKP, perniagaan mereka sebenarnya berjalan lancar dan tidak pernah terputus sumber kewangan."Duit sales tak putus masa PKP. Si scammer cakap dia hubungi sebab ada kecemasan. Ada kes kematian dan perlukan duit segera. Tapi tak ada sebarang bukti kematian. "Dia siap hantar bukti konon arwah suami sudah bayar separuh. Tapi bila saya minta nama penuh dan sekolah tahun bila, terus melenting.ARTIKEL BERKAITAN: Taksub nak dapat jutaan ringgit, 12 tahun bapa ‘bank-in’ duit ke akaun scammer! - “Setiap hari RM100, RM1,000 pun ada!”ARTIKEL BERKAITAN: Jangan cepat sangat terpedaya, ‘Semak Mule’ dulu! Hanya beberapa saat je, elak wang lesap ke tangan ‘scammer’"Saya tanya macam-macam. Dia kata kalau saya tak mahu bayar dia tak nak halalkan. Dekat sini saya dah rasa lain macam," jelasnya lagi.Curiga dengan maklumat yang diberikan, dia menghubungi kakak sulung serta anak saudara arwah suaminya bagi mendapatkan kepastian.Anak saudara arwah kemudian mengesahkan bapa saudaranya itu tidak pernah bersekolah di sekolah yang disebut oleh scammer terbabit.Walaupun pembohongannya mula terbongkar, suspek tetap berdegil dan terus mendesak wanita itu memindahkan wang dengan kadar segera."Kakak suruh saya minta nombor akaun bank scammer tu konon kami nak transfer duit. Dia bagi dua nombor akaun bank, katanya lagi satu akaun tu milik isteri.Balu kematian suami hampir kena scam RM1,000.Lelaki dakwa arwah ada hutang RM3,000.Individu itu mengaku junior sekolah arwah.Wanita sempat rujuk keluarga sebelum buat pindahan wang.Helah scammer akhirnya terbongkar.Ringkasan ini dijana oleh AI"Lepas dapat nombor akaun tu saya diam. Lepas sejam scammer WhatsApp tanya dah transfer ke. Saya diam. lepas 30 minit dia WhatsApp lagi saya diam... dan dia maki saya."Saya cerita pada adik dan dia cakap memang betul itu scammer apabila semak nombor telefon tersebut. Selamat duit saya daripada kena taktik penipuan scammer," katanya.Beberapa hari kemudian, dia menyemak penyata bank arwah suaminya bagi memastikan dakwaan mengenai pembayaran separuh hutang itu.Hasil semakan mendapati tiada sebarang transaksi dibuat pada tarikh yang didakwa lelaki berkenaan."Jahatnya scammer sekarang ni... kita tengah dalam kesedihan kehilangan insan tersayang, mereka boleh fikir nak ambil kesempatan. Berhati-hatilah semua," katanya.