suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isi RM20 cuma dapat kurang 5 liter! Wanita bergenang air mata lupa bagi MyKad masa bayar RON95, terkilan staf tak tanya

Pengesahan MyKad diperlukan di stesen minyak bagi menikmati harga subsidi BUDI95. -Gambar hiasan AI

UMUM sedia maklum bahawa penggunaan kuota subsidi petrol BUDI95 memerlukan pengesahan MyKad bagi membolehkan pembelian RON95 pada harga bersubsidi.

Namun, seorang wanita terpaksa menanggung kerugian akibat kecuaian sendiri ketika ingin mengisi petrol di sebuah stesen minyak.

Menurutnya, kejadian berlaku gara-gara dia terpaksa meminta bantuan anaknya untuk membuat pembayaran di kaunter kerana sedang sibuk menjawab panggilan telefon penting.

Kuota BUDI95 hanya boleh dinikmati rakyat Malaysia yang mempunyai lesen kenderaan. -Gambar hiasan

Kuota BUDI95 hanya boleh dinikmati rakyat Malaysia yang mempunyai lesen kenderaan. -Gambar hiasan

"Aku cakap di telefon sebab ada panggilan penting. Jadi aku bagi duit dekat anak suruh dia pergi bayar dekat kaunter.

"Tiba-tiba aku rasa pelik, kenapa aku isu RM20 tapi naik satu bar je... dalam 4.98 liter," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki lelong kuota BUDI95 RM2.70 seliter, minta netizen jangan buat kecoh - “Tenang, bukan aku jual dekat Yahudi”

ARTIKEL BERKAITAN:“Tolong bayar guna IC bro” - Pemandu Civic hulur RM50, tebal muka minta guna kuota BUDI95... Rupanya tiada lesen memandu

Rasa tidak sedap hati dengan jumlah minyak yang diterima, dia terus berjalan ke kaunter bagi bertanyakan sama ada anaknya ada menyerahkan MyKad ketika membuat pembayaran.

Menurut wanita itu, pekerja berkenaan mengesahkan bahawa MyKad tidak diserahkan.

"Aku tanya dia kenapa tak minta? Dia hanya tersengih, aku pun berlalu pergi dan rasa nak menangis," katanya.

Wanita berkenaan mengakui terkilan kerana RM20 yang diperuntukkan bagi mengisi petrol untuk kegunaan kira-kira tiga hari tidak seperti dirancang.

"Aku tengah nak berjimat. RM20 tu bajet untuk tiga hari, kereta Axia. Memang salah aku sebab tak peka," katanya.

Bagaimanapun, dia berharap kakitangan stesen minyak dapat membantu mengingatkan pelanggan untuk menyerahkan MyKad sekiranya mereka terlupa berbuat demikian.

"Tapi sebagai staf, lain kali tanyalah juga. Kot-kot pelanggan terlupa. Aku ni nak berjimat, jadi rugi banyak," luahnya.

  • Wanita meminta anaknya membayar RM20 untuk mengisi petrol.
  • Dia pelik apabila RM20 hanya meter minyak naik satu bar.
  • Rupanya anaknya terlupa menyerahkan MyKad untuk pengesahan BUDI95.
  • Wanita terkilan kerana RM20 itu merupakan bajet petrol untuk kegunaan selama tiga hari.
  • Netizen berbeza pandangan sama ada staf patut bertanya mengenai penggunaan MyKad.

Perkongsian luahan wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya, di mana rata-ratanya berpendapat kakitangan stesen minyak berkenaan tidak bersalah kerana adalah menjadi satu kesalahan untuk meminta MyKad milik orang lain.

"Sebagai bekas staf stesen minyak, kami tak boleh suka-suka minta MyKad pelanggan. Dekat kaunter, apa yang pelanggan bagi itu yang kami akan isi di sistem.

"Orang awam memang tak boleh minta MyKad orang lain. Hanya pihak tertentu seperti polis sahaja yang boleh," komen netizen.

Namun, ada juga warga maya berpandangan tidak salah jika pekerja bertanya mengenai MyKad bagi mendapatkan kepastian.

"Sebenarnya betul tak boleh minta tapi boleh je tanya. Saya pernah terlupa bagi MyKad, nasib baik staf tanya sama ada nak guna MyKad atau tak untuk isi minyak," komen seorang lagi warga maya.

Artikel Lain