suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niat cuci lantai berkeladak akhirnya makan diri, didenda RM30 sebelum check-out... Wanita menyesal tak tularkan hotel kotor!

Tetamu dinasihatkan supaya tidak membersihkan sendiri kotoran di bilik hotel bagi mengelakkan sebarang masalah. -Gambar hiasan AI

KEBERSIHAN bilik antara perkara utama yang dititikberatkan pelanggan ketika menginap di mana-mana hotel supaya mereka dapat berehat dengan selesa.

Kebiasaannya, sebarang kekurangan atau kotoran akan terus dilaporkan kepada pihak pengurusan sebaik sahaja tetamu masuk ke bilik.

Namun tidak kurang juga yang mengambil inisiatif sendiri untuk membersihkan kekotoran yang ada seperti dilakukan wanita ini.

Namun malangnya, bukan sahaja tidak mendapat bilik penginapan yang bersih dan selesa seperti yang diimpikan, dia juga dikenakan caj tambahan ketika mendaftar keluar.

Pengadu berkongsi resit bayaran untuk caj alas kaki yang kotor.

Pengadu berkongsi resit bayaran untuk caj alas kaki yang kotor.

Berkongsi cerita, pengadu berkata dia mengambil langkah membersihkan sendiri kotoran berkeladak di bawah peti sejuk menggunakan alas kaki bilik mandi (bathmat) bagi memudahkan urusan.

"Saya masuk bilik hotel dan ada kotoran yang berkeladak dekat bawah peti ais, saya lap guna bathmat," ujarnya di Thread.

Tindakan itu bagaimanapun memakan diri apabila pihak hotel mengenakan bayaran sebanyak RM30 atas alasan mengotorkan alas kaki tersebut.

Situasi yang berlaku itu membuatkan dia mempersoalkan sama ada caj yang dikenakan adalah wajar atau sebaliknya.

  • Seorang wanita kecewa apabila bilik hotel yang diterimanya mempunyai kotoran berkeladak di bawah peti sejuk.
  • Dia mengambil inisiatif membersihkan sendiri kotoran tersebut menggunakan alas kaki bilik mandi atau bathmat.
  • Ketika mendaftar keluar, wanita itu mendakwa dikenakan caj tambahan sebanyak RM30 kerana menyebabkan alas berkenaan kotor.
  • Dia mempersoalkan kewajaran bayaran tersebut dan kesal kerana tidak menularkan keadaan bilik hotel sejak awal.
  • Warga maya menasihati pelanggan supaya merakam keadaan bilik selepas mendaftar masuk serta menghubungi petugas pembersihan sekiranya terdapat sebarang kotoran.

"Adil ke pada saya? Kena bayar bathmat tu sebab kotor, disalahkan saya sebab tolong bersihkan," tambahnya seolah-olah berang dengan sikap tidak prihatin pihak pengurusan hotel tersebut.

Pada masa sama, dia turut meluahkan kekesalan kerana tidak menularkan bilik penginapan yang kotor berkenaan.

"Saya tak viralkan bilik kotor pun dah dikira baik. Jadi selepas ini, kalau ada apa-apa kotoran, kena panggil petugas pembersihan untuk uruskan.

"Jangan bersihkan sendiri kalau tak mahu kena bayar seperti saya," tambahnya sambil memberi peringatan kepada warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN: Usir tetamu, campak keluar barang! Pemilik homestay dedah kisah sebenar - “Ada duit bukan pelepasan buat apa saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara pengunjung pengotor, hotel cantik jadi huru hara! Staf housekeeping kena hadap juga sebab dah dibayar gaji

Pengalaman yang dikongsikannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta dia menghubungi pekerja pembersihan jika mendapati bilik yang diterima berada dalam keadaan tidak bersih.

"Lepas ni panggil je housekeeping, nak betulkan televisyen pun kena panggil pihak penyelenggara mereka.

"Sebaiknya ambil video semasa nak masuk bilik lepas dah daftar masuk tu, pelik juga kotorkan bathmat pun kena caj," demikian reaksi warga maya.

Artikel Lain

Ibu Elfira Loy meninggal dunia