MENCARI pasangan hidup menuntut kita untuk mempertimbangkan pelbagai aspek, terutamanya bab sikap dan cara seseorang itu menguruskan kewangan.Menurut seorang wanita, dia pernah berkenalan dengan lelaki yang langsung tidak mahu mengeluarkan wang setiap kali mereka keluar bersama. "Tiga pertemuan pertama kami, aku yang bayarkan makanan. Dia tak keluar satu sen pun sebab belum dapat gaji. Pernah dia minta aku bayar ayam gepuk yang dia makan.Lelaki tidak sepatutnya mengharapkan wanita untuk membayar segala kos setiap kali keluar bersama. -Gambar hiasan AI"Padahal waktu itu aku tak makan pun. Minyak dan tol pun aku yang bayar. Tapi aku tak kisah sangat. Masa tu aku fikir mungkin dia tengah susah," ujarnya memulakan cerita.Menurut wanita itu lagi, dia mula tawar hati apabila lelaki berkenaan berterusan menunjukkan sikap kedekut dalam hubungan mereka.Selepas beberapa kejadian, wanita itu berkata dia akhirnya membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskan hubungan dengan pemuda berkenaan.Wanita kongsi cerita berkenalan dengan lelaki yang kedekut.Lelaki itu tidak mahu keluarkan wang setiap kali mereka keluar.Pengadu juga terpaksa jemput lelaki itu setiap kali mereka mahu keluar.Wanita itu akhirnya memilih untuk memutuskan hubungan berkenaan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Ada sekali tu dia ajak aku keluar. Aku setuju dengan satu syarat, aku nak dia bayar. Sebab aku yang kena jemput dia. Dia tinggal 40 kilometer dari rumah aku."Dia kata bajet hanya RM30. Dia cadangkan supaya aku masak. Padahal kalau makan kedai mamak tak sampai RM30 pun. Tak perlulah suruh aku masak. Aku bukannya buat khidmat katering."Dia nak aku belikan dia iPhone untuk hari lahirnya. Dia tak sempat menabung wang. Jadi dia suruh aku guna duit sendiri. Akhirnya aku kata tak boleh teruskan hubungan," imbasnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Suami kedekut bising susu kotak cepat habis, terus terdiam isteri bagi ‘sedas’ depan muka - “Minum setitik je ke?”ARTIKEL BERKAITAN: Sikap ‘haji bakhil’ buat adik jauh hati, teh ais RM3 pun minta bayar balik! Doa kakak berubah, tak kedekut dengan keluarga sendiriDi ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa geram membaca perkongsian wanita itu."Gila betul. Awal-awal jumpa dah bermasalah. Jantan tak guna. Tak payahlah keluar kalau tiada duit."Sebab tu saya lebih rela sendirian daripada kena bela biawak hidup," tulis beberapa netizen.