SUDAHLAH diuji dengan musibah hilang tempat tinggal, kini sebuah keluarga terpaksa pula menahan rasa sakit hati akibat menjadi bahan umpatan orang sekeliling.Pengalaman pahit itu dikongsikan oleh seorang wanita selepas rumah keluarganya musnah dalam satu kejadian kebakaran.Disebabkan kediaman mereka tidak lagi selamat diduduki dan dipasang garisan keselamatan oleh pihak bomba, keluarganya terpaksa menyewa di tempat lain sementara waktu."Rumah aku terbakar dan kena seal kuning dengan pihak bomba. Jadi kami terpaksa menyewa. Apabila tiba waktu makan, aku bawalah keluarga jamu selera dekat kedai dan ada juga kami bungkus nasi," luahnya di Thread.Menikmati hidangan di luar dapat mengurangkan beban keluarga yang ditimpa musibah. -Gambar hiasan AI Bagaimanapun tanpa diduga, tindakannya membawa keluarga makan di kedai bagi mengisi perut mula menjadi bahan bualan panas penduduk kampung.Lebih menyakitkan hati, terdapat segelintir jiran seolah-olah mempertikaikan bagaimana keluarganya masih tergamak menikmati makanan di luar sedangkan baru sahaja ditimpa musibah."Aku tak faham dengan orang kampung aku ni. Kecoh persoalkan macam mana keluarga aku tengah kena musibah pun masih makan kat luar," katanya.Sikap toksik sesetengah penduduk kampung yang seolah-olah hilang rasa empati dan hanya tahu mencari kesalahan itu ternyata benar-benar menguji kesabarannya.Sebuah keluarga kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran dan disahkan tidak selamat diduduki oleh pihak bomba.Mereka terpaksa menyewa rumah lain sementara berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu.Tindakan wanita itu membawa keluarganya makan di kedai dan membungkus nasi menjadi buah mulut penduduk kampung.Dia berang apabila ada pihak mempersoalkan bagaimana keluarganya masih mampu makan di luar walaupun sedang ditimpa musibah.Warga maya bersimpati dengan keluarga tersebut dan menyelar sikap penduduk kampung yang dianggap tidak berempati serta gemar menjaga urusan orang lain.Ringkasan ini dijana oleh AIKecewa dengan mulut celupar orang sekeliling, wanita ini secara sinis mempersoalkan sama ada keluarganya perlu 'menumpang' makan di rumah penduduk kampung sehingga kediaman mereka siap dibina semula."Jadi kami nak kena makan di rumah mereka atau macam mana?" ajunya geram.Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya meluahkan rasa simpati dan meminta keluarganya bersabar.ARTIKEL BERKAITAN: “Mulut lagi laju daripada akal!” - Sukarelawan hiba pemuda mangsa langgar lampu merah dihina warga emas, difitnah merempitARTIKEL BERKAITAN: “Budak hitam tu dah mati!” - Luka lama masih berbekas, wanita tak lupa tragedi diejek ‘crush’ zaman sekolah"Lain kali kalau nak makan, singgah je mana-mana rumah orang kampung yang bawa mulut tu, suruh mereka masak masa tu juga."Ingat orang yang kena musibah auto terus layak makan siput babi ke?"Rumah yang terbakar, bukannya duit mereka terbakar pun," demikian reaksi netizen.