BUKAN semua pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) datang daripada keluarga berkemampuan, malah ada antara mereka terpaksa melalui kehidupan mencabar demi meneruskan pengajian.Seorang wanita berkongsi kisah menyentuh hati seorang mahasiswa yang datang membeli makanan di kantin tempat suaminya berniaga. Menurutnya, mahasiswa berkenaan pada mulanya hanya bertanyakan harga nasi sebelum dimaklumkan ia dijual pada harga RM1."Suami saya berniaga di kantin IPT. Ada seorang pelajar datang tanya harga nasi. Suami jawab harga RM1.Ramai pelajar di IPT berdepan kekangan kewangan. -Gambar hiasan AI"Dia kemudian tanya harga kuah dan suami beritahu percuma. Lepas tu dia ambil nasi penuh dengan kuah saja," katanya.Melihat pelajar berkenaan hanya mengambil nasi dan kuah, suaminya kemudian memberikan sebiji telur mata sebagai lauk.Namun, apa yang berlaku selepas itu lebih menyentuh hati apabila seorang pelajar lain yang sedang beratur di belakang turut menghulurkan sebahagian lauk tempe goreng daripada pinggannya.Pada masa sama, seorang kakitangan yang datang membawa dulang makanan kosong menyedari masih terdapat lebihan sayur sebelum meletakkannya ke dalam pinggan mahasiswa tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: “Masa mengajar bukan guna sangat” - Penuntut universiti persoal pensyarah ‘cari makan’ jual buku, siap ugut potong gred!ARTIKEL BERKAITAN: Akibat langgar pantang larang tuan rumah, mahasiswa kena ‘sorok’ di tingkat berhantu!Menerima lauk daripada mereka, mahasiswa berkenaan tiba-tiba meminta maaf sebelum mengakui dirinya sebenarnya tidak mempunyai wang."Dia cakap dia tak ada duit. Suami saya kemudian tanya, awak cuma beli nasi kan tadi? Dan dia mengiyakannya."Suami saya tunjuk RM1 yang dia bagi tadi dan cakap, Ini saya terima. Awak bayar nasi saja," katanya.Menurut wanita itu, kata-kata suaminya membuatkan mahasiswa tersebut gagal menahan sebak sehingga menitiskan air mata.Pelajar IPT hanya membeli nasi RM1 bersama kuah percuma.Peniaga kantin kemudian menghadiahkannya sebiji telur mata.Pelajar lain berkongsi tempe manakala staf kantin memberikan sayur.Mahasiswa itu akhirnya mengaku tidak mempunyai wang lalu menitiskan air mata.Netizen berkongsi pengalaman pernah melalui kesempitan ketika menuntut di IPT.Ringkasan ini dijana oleh AISuaminya kemudian mendoakan mahasiswa berkenaan agar dipermudahkan segala urusan serta diberikan kebaikan dalam menuntut ilmu."Saya tak tahu apa yang dia sedang hadap. Tapi saya harap hari itu, bila dia balik ke hostel nanti dia boleh belajar dan tidur dengan lena," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui pernah berdepan situasi sedemikian ketika menuntut di IPT."Ingat dulu masa belajar, makan nasi dengan telur je tapi rakan sebilik selalu belanja. Murah rezeki dia sampai sekarang. Sejujurnya ramai pelajar memang tidak berkemampuan tapi tak pernah buka mulut untuk meminta. "Saya pernah merasa dulu, aAlhamdulilah ada pakcik makcik kantin yang baik selalu bantu pelajar susah," komen warga maya.