Kebanyakan masyarakat dahulu tidak gemar membuka pintu mahupun tingkap sehingga membuatkan bau busuk menyelubungi rumah. -Gambar hiasan AI
PENGHUNI sesebuah rumah pasti tidak menyedari dengan bau busuk yang memenuhi ruang kerana sudah terbiasa dengan keadaan tersebut.Namun bagi orang luar, ia merupakan siksaan deria yang mengundang rasa tidak selesa disebabkan bau menusuk hidung. Setiap kali melangkah masuk ke rumah ibu bapa di kampung, wanita ini akan mengalami sakit kepala akibat bau kepam yang 'tajam' namun berasa serba salah untuk menegur orang tuanya.Keadaan rumah yang tertutup rapat boleh memerangkap bauan sehingga menjadi busuk. -Gambar hiasan AI"Macam mana nak tegur mak ayah sendiri supaya buka tingkap dan pintu setiap pagi? Biar udara segar keluar masuk dengan baik."Sumpah tak ada mood nak balik rumah mak sendiri sebab bau kurang menyenangkan," luahnya di Threads.Cerita wanita tersebut, rumah ibu bapanya itu memiliki bau seperti bilik lelaki bujang selain dicampur dengan aroma masakan yang menyengat.Penghuni rumah yang terlalu lama terdedah kepada bau kepam mungkin menjadi lali dan tidak lagi menyedarinya.Seorang wanita mengakui pening dan hilang mood setiap kali pulang menziarahi ibu bapanya kerana bau kurang menyenangkan di rumah.Masalah itu dipercayai berpunca daripada pintu dan tingkap yang jarang dibuka.Bau bilik, masakan dan minyak wangi yang terperangkap turut membuatkannya serba salah untuk membawa tetamu berkunjung.Netizen mencadangkan penggunaan penapis udara dan pemasangan kipas ekzos bagi melancarkan pengudaraan di dalam rumah.Ringkasan ini dijana oleh AIDisebabkan itu juga, dia jarang mengundang tetamu bertandang ke rumah kerana sedar mereka akan berasa tidak selesa.Mengakui pernah menegur perihal bau tersebut namun dia kecewa apabila ibunya sering memberi alasan terlupa membuka pintu dan tingkap rumah.Malah, keluarganya sering memberi alasan bimbang jika kucing atau tikus masuk ke dalam rumah sekiranya tingkap dibiarkan terbuka.ARTIKEL BERKAITAN: Tak rasa budak kecil berhijab comel, wanita tegur mak ayah paksa anak tutup aurat... Risau tudung ‘terbang’ apabila dewasaARTIKEL BERKAITAN: Ibu bersolek mampan, tapi gigi anak dibiar buruk! Ada kes hanya tinggal tunggul... Staf klinik tegur mak ayah penting diriPerkongsian tersebut meraih perhatian warga maya dengan rata-ratanya berkongsi cara untuk menasihati ibu bapanya."Belikan penyegar udara yang sekali humidfier tu, tapi nanti tak pasang pula sebab nak jimat elektrik."Pasang exhaust fan dekat dapur supaya ada pengudaraan dalam rumah, setiap bilik pun letak juga," demikian reaksi netizen.