SEORANG individu yang dipercayai bekerja di sebuah klinik gigi meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir ibu bapa yang didakwa memandang ringan berhubung penjagaan kesihatan gigi anak-anak mereka.Berkongsi pengalaman menguruskan kanak-kanak yang dibawa mendapatkan rawatan pergigian, dia berkata kebanyakannya sudah berada dalam keadaan teruk meskipun baru berusia lima tahun. "Kebanyakan mak datang bawa anak yang giginya dah teruk sampai tinggal tunggul.Penjagaan gigi kanak-kanak amat penting. -Gambar hiasan AI"Padahal usia baru lima tahun," ujarnya di Thread.Pada masa sama dia turut meluahkan kehairanan apabila mendapati kebanyakan ibu yang hadir itu dilihat dalam keadaan bersolek dan berdandan cantik.ARTIKEL BERKAITAN: “Senyaplah pakcik!” - Wanita tengking bapa saudara dalam hati, geram disindir gara-gara bersolek sebelum lapah lembu korbanARTIKEL BERKAITAN: Rosak 'mood' hari pertama masuk kerja, akak senior tegur mekap tebal... Tak puas hati, tengah hari ulang teguran sama"Maknya mesti make-up tebal, blusher merah macam baru lepas kena lempang dengan The Rock."Tak semua, tapi kebanyakannya... bawa-bawalah tengok gigi anak tu.Individu klinik gigi kesal ibu bapa abaikan gigi anak.Ramai kanak-kanak usia lima tahun sudah alami kerosakan teruk.Dakwa ibu lebih fokus berhias berbanding pantau kesihatan anak.Tegaskan gigi susu penting untuk pertumbuhan gigi kekal.Netizen kongsi pengalaman dan kebimbangan soal gigi anak.Ringkasan ini dijana oleh AI"Ini tak habis-habis telek muka sendiri je," tambahnya yang bimbang dengan situasi kesihatan gigi kanak-kanak.Dalam pada itu dia turut menasihati ibu bapa bahawa penjagaan gigi susu adalah penting kerana ia penting untuk pertumbuhan gigi kekal nanti.Antara reaksi warga maya di ruangan komen balas.Hantarannya itu mengundang perhatian netizen dengan kebanyakannya berkongsi situasi gigi anak masing-masing."Anak saya tahun depan nak masuk darjah dua tapi satu gigi pun tak patah-patah lagi... saya pula yang risau."Gigi anak saya ada karies halus sikit di sebelah depan, dah pergi klinik nak rawat tapi doktor suruh jaga elok-elok je."Mesti bawa tu pun sebab tak tahan dengar anak menangis kesakitan," demikian reaksi netizen.