LUMRAH pasangan bercinta pastinya mahu hubungan yang dibina diteruskan hingga ke alam perkahwinan.Namun bagi seorang wanita, impian murni untuk membina mahligai bahagia bersama lelaki yang dicintainya musnah selepas rahsia gelap yang dipendam kemas akhirnya terbongkar. Segala-galanya terdedah selepas wanita itu mendapat tahu bahawa teman lelakinya sebenarnya sudah berstatus suami orang sejak lima tahun lalu.Media sosial dapat mendedahkan bukti kecurangan seseorang. -Gambar hiasan AI"Hari ini terbongkar segala-galanya. Rupanya selama ini saya bercinta dengan suami orang. Buka dompet dia nak ambil syiling ternampak kad nikah."Dah lima tahun dia berkahwin dan kami pula sudah bersama selama setahun. Sakit betul hati apabila dapat tahu," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Lepas ‘dicelup’ baru tahu rupanya terlanjur dengan suami orang... Penyondol menyesal tak semak latar belakangARTIKEL BERKAITAN: Gadis bersyukur teman lelaki tak lari, rancang kahwin selepas terlanjur serah tubuh - “Mahu tebus balik dosa-dosa kami”Menurut wanita itu, selama ini kekasihnya dipercayai menggunakan akaun media sosial palsu, sekali gus menyebabkan dia tidak menyedari mengenai kehidupan sebenar lelaki berkenaan."Lepas jumpa kad nikah tu, saya nampak nama isteri dia dan terus cari di media sosial. Profil Instagram ada gambar satu keluarga dan mereka mempunyai seorang anak."Saya masih buntu, tak tahu nak buat apa, nak beri reaksi macam mana atau bagaimana nak berdepan dengannya," katanya.Lebih membuatkan wanita itu terkilan, hubungan mereka dikatakan sudah melangkaui batas sehingga menyebabkan dia berasa amat bersalah terhadap isteri dan anak lelaki berkenaan."Kami dah banyak kali terlanjur, kesian dekat anak isteri dia. Sumpah saya tak tahu dia dah kahwin, saya memang tak nak suami orang," katanya.Mengimbas kembali hubungan mereka, wanita itu mengakui kini mula menyedari beberapa perkara yang sebelum ini tidak pernah dicurigainya."Selama ini kalau dia menghilang, saya bersangka baik ingatkan dia bekerja. Sekarang baru saya sedar semuanya hanyalah wayang," katanya.Setahun bercinta, baru tahu kekasih sudah lima tahun berkahwin.Rahsia terbongkar selepas wanita itu ternampak kad nikah dalam dompet.Lelaki didakwa menggunakan akaun media sosial palsu untuk menyembunyikan identiti.Wanita mengaku hubungan mereka pernah melangkaui batas.Ada bukti kecurangan, namun dia takut memberitahu isteri lelaki itu kerana bimbang rumah tangga mereka musnah.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam pada itu, wanita berkenaan mendakwa mempunyai bukti mengenai hubungan mereka, namun masih berbelah bahagi sama ada mahu mendedahkan perkara tersebut kepada isteri lelaki berkenaan."Saya ada semua bukti yang saya jumpa, tapi tak tergamak nak beritahu isterinya apa yang dia buat di belakang."Saya takut menjadi penyebab keluarga mereka hancur," katanya.Perkongsian jujur wanita itu bagaimanapun mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menyelar tindakan pasangan berkenaan kerana tergamak melanggar batas hukum agama."Kalau dia tiada isteri sekali pun kenapa perlu sampai tahap berzina? Saya harap dia ceraikan isteri dan bersama awak kerana suaminya sudah kotor."Saya harap awak bertaubat dan tinggalkan segala perhubungan yang awak jalinkan sekarang," komen warga maya.