suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majlis makan malam bertembung tarikh pembedahan anak, wanita tak dapat hadir disindir majikan - “Duduk tepi katil saja kan?“

Majikan perlu bertimbang rasa dengan pekerja dilanda masalah. -Gambar hiasan AI

TANYALAH mana-mana ibu bapa, mereka pasti akan meletakkan anak sebagai keutamaan dalam apa juga situasi, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal kesihatan.

Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila majikannya tergamak mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati terhadapnya selepas memberitahu tidak dapat menghadiri majlis makan malam syarikat.

Ini disebabkan anak lelakinya perlu menjalani pembedahan pada hari sama dengan majlis tersebut.

Majikan perlu mendengar masalah dan cuba mencari jalan penyelesaian terhadap kakitangannya. -Gambar hiasan AI

Majikan perlu mendengar masalah dan cuba mencari jalan penyelesaian terhadap kakitangannya. -Gambar hiasan AI

"Tahu apa dia cakap? Dia kata, awak dekat hospital duduk tepi katil saja kan jaga anak awak'," kongsinya di media sosial.

Wanita itu memberitahu terkedu mendengar jawapan sindiran majikannya kerana faktor anaknya bakal menjalani pembedahan dipandang ringan.

Enggan membalas kata-kata sindiran tersebut, wanita itu memberitahu dia sebaliknya berdiam diri kerana berasa terlalu marah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak percaya staf cuti sebab bersalin, majikan paksa hantar selfie dengan bayi! Siap nak tengok gambar fail doktor pengesahan masuk wad

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia pemandu ekskavator kahwin dua hampir pecah, resit transaksi duit gaji jadi punca! Isteri pertama terus mesej majikan

"Dalam hati aku, Allah saja yang tahu," luahnya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandangan majikan tersebut tidak berhati perut dan hanya memetingkan diri sendiri.

Jelas netizen, sebagai majikan mereka sepatutnya mempunyai sifat empati terutamanya apabila membabitkan hal-hal serius dan bukannya menyindir staf.

  • Anak wanita perlu menjalani pembedahan pada hari makan malam syarikat.
  • Dia memohon cuti beberapa hari untuk menemani anak di hospital.
  • Wanita itu turut menarik diri daripada persembahan syarikat.
  • Respons majikan yang dianggap kurang empati mengguris perasaannya.
  • Netizen mengecam sikap bos yang didakwa terlalu mementingkan kerja.

"Langsung tiada empati. Sepatutnya sebagai pemimpin dia perlu ada rasa sikap prihatin terhadap pekerja bawahan.

"Bos gila macam tu memang wujud ye, sebab dia sendiri pun abaikan keluarga sebab terlalu pentingkan kerja.

"Dalam keadaan anak sakit nak jalani pembedahan, mesti la mak tiada hati nak buat persembahan. Pelik betul bos pun," komen warga maya.

Artikel Lain