suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bagai jatuh ditimpa tangga... Duit projek RM100k dilarikan rakan niaga sampai suami strok, hati ibu ‘robek’ anak diejek miskin

Anak-anaknya gembira membantu menjual nasi lemak di hadapan rumah.

DARIPADA memperoleh projek kerajaan bernilai sehingga RM100,000, kehidupan sebuah keluarga berubah sekelip mata apabila wang berkenaan didakwa dilarikan rakan niaga.

Belum sempat menerima hakikat hidup mereka jatuh susah, hati Nadiatul Fariha Ismail sekali lagi terluka apabila anaknya pulang membawa cerita diejek miskin oleh rakan-rakan.

Berkongsi kisah tersebut, wanita berusia 35 tahun itu berkata, kehidupan ‘gelap’ keluarganya bermula pada penghujung tahun lalu selepas rakan perniagaan suaminya melarikan wang hasil projek.

“Hujung tahun lalu suami kena tipu. Rakan perniagaannya larikan duit dan pulang ke India kerana mempunyai keluarga di sana.

Nadiatul bersama empat daripada lima anaknya ketika berniaga nasi lemak.

Nadiatul bersama empat daripada lima anaknya ketika berniaga nasi lemak.

“Dahlah dua tahun kebelakangan itu dia jarang balik rumah sebab asyik outstation untuk siapkan projek, tiba-tiba dapat tahu duit pula dilarikan,” katanya kepada mStar.

Dalam nada sayu dan penuh esakan, ibu kepada lima cahaya mata itu berkata, berita berkenaan memberi tamparan hebat kepada suaminya yang sudah mencurahkan sepenuh tenaga dan masa untuk menyiapkan projek tersebut.

Tekanan dialami menyebabkan suaminya diserang strok ringan pada hari sama sehingga penglihatan mata kirinya terjejas.

“Disebabkan terlalu tertekan, dia kena strok ringan sampai mata kiri tak dapat melihat buat sementara waktu,” ujarnya mengimbau kembali peristiwa hitam yang terjadi pada suami.

  • Kehidupan keluarga Nadiatul Fariha Ismail berubah selepas wang projek kerajaan bernilai sehingga RM100,000 didakwa dilarikan rakan niaga suaminya.
  • Rakan niaga terbabit dipercayai pulang ke India selepas melarikan wang hasil projek yang disiapkan suaminya selama dua tahun.
  • Tekanan akibat kejadian itu menyebabkan suaminya diserang strok ringan sehingga penglihatan mata kiri terjejas buat sementara waktu.
  • Kesusahan keluarga turut dirasai anak-anak apabila salah seorang daripada mereka pulang mengadu diejek miskin oleh rakan-rakan.
  • Demi membantu keluarga, Nadiatul mula menjual nasi lemak bajet berharga RM2 dan berharap suaminya dapat bangkit semula menerusi bidang pertanian.

Tambahan pula katanya, musibah tersebut menimpa ketika dia sedang hamil anak kelima dan hanya bergelar suri rumah tangga.

Lebih meruntun perasaan apabila perubahan hidup mereka turut dirasai anak-anak sehingga salah seorang daripada mereka diejek miskin oleh rakan-rakan.

Sebagai seorang ibu kepada anak-anak yang berusia lingkungan empat bulan hingga 10 tahun, Nadiatul mengakui kata-kata tersebut amat menghiris hati, namun enggan membiarkan ejekan berkenaan mematahkan semangatnya untuk membantu keluarga.

Daripada terus meratapi nasib, dia mula mencari sumber pendapatan dengan menjual nasi lemak bajet pada harga RM2 selepas masakannya mendapat sambutan ahli keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai 24 jam ditimpa musibah, nasib pasangan motosikal terbakar terbela... Muncul orang baik hadiah kenderaan baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sedar sesuatu lepas suami enggan doakan bos zalim ditimpa musibah, hanya merugikan diri sendiri

Biarpun hasilnya tidak sebesar pendapatan keluarga sebelum ini, setiap jualan memberi sinar baharu buat mereka untuk meneruskan kehidupan dengan rezeki halal.

Dalam pada itu, Nadiatul berharap suaminya dapat bangkit daripada kekecewaan dan kembali memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang pernah diceburinya.

Ia berikutan, suami pernah menyatakan hasrat untuk ‘menutup buku’ dan tidak lagi meneruskan perniagaan selepas beberapa kali menjadi mangsa penipuan.

“Saya harap suami bangkit semula dan fokus dalam bidang pertanian yang pernah dilakukannya sebelum ini.

“Dia pernah cakap mahu tutup buku kerana tidak mahu kecewa lagi. Memang sudah banyak kali kena tipu, tetapi kejadian kali ini paling teruk,” katanya.

Artikel Lain