suria

Isteri sedar sesuatu lepas suami enggan doakan bos zalim ditimpa musibah, hanya merugikan diri sendiri

Doa merupakan senjata orang soleh. -Gambar hiasan

KEHIDUPAN suami isteri sering diibaratkan sebagai cubit paha kanan, paha kiri turut terasa sakitnya.

Maka tidak hairanlah apabila golongan isteri melenting apabila mengetahui suaminya dianiaya, begitulah juga sebaliknya.

Seorang wanita tidak dapat menahan rasa geram selepas mendengar luahan hati suami yang mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan pengurus di pejabat.

Terkesan dengan apa yang diceritakan, wanita tersebut terus menyuruh suaminya berdoa agar individu terbabit ditimpa musibah.

Suami isteri perlu saling berkongsi cerita bagi mengelakkan perselisihan faham berlaku. -Gambar hiasan

Suami isteri perlu saling berkongsi cerita bagi mengelakkan perselisihan faham. -Gambar hiasan

"Suami kena aniaya dengan pengurus dia, dekat tempat kerja. Jadi aku cakaplah doa orang yang dizalimi, Allah makbulkan.

"Aku suruh dia doakan si polan tu Allah timpakan dengan musibah," ujarnya menerusi satu hantaran di media sosial.

Menurut wanita ini, dia bagaimanapun terkejut apabila suaminya enggan mendoakan keburukan terhadap individu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikah wanita narsistik, suami rasa sia-sia masuk universiti... Dakwa diri teraniaya, isteri bijak putar belit cerita sampai jadi kes polis

ARTIKEL BERKAITAN: Buat aduan lepas ‘resign’, wanita menang kes cuti bersalin tak ikut akta! Majikan rasa teraniaya diarah bayar pampasan

Bukan itu sahaja, suaminya juga menganggap tindakan mendoakan musibah atau keburukan untuk orang lain sebagai satu kerugian.

"Suami cakap rugi kalau doa (keburukan) macam tu, dia nak doakan supaya Allah balas ujian yang dialami dengan rezeki yang mencurah-curah, anak-anak sihat walafiat dan dikurniakan ketenangan," tambahnya lagi.

Sama kisah saya, saya minta Allah gantikan reda saya dengan rezeki yang mencurah-curah.

WARGA MAYA

Reaksi dan pandangan suaminya itu membuatkan wanita ini tersedar yang dirinya terlalu beremosi apabila mahukan sesuatu yang buruk berlaku terhadap individu terbabit sebagai balasan menganiaya orang lain.

"Perempuan kan ikut emosi... kalau boleh, nak orang yang zalim dekat suami tu Allah berikan musibah.

"Tapi betul juga cakap suami, rugilah kalau doakan macam tu sebab musibah dia tidak menguntungkan kita, sekadar dapat kepuasan je.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.

"Lebih baik doa yang elok-elok untuk keluarga," tambah wanita ini yang tersedar akan kelantangan dirinya dalam berkata-kata.

Perkongsiannya itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Ramai yang bersetuju dengan kata-kata suaminya supaya mendoakan kebaikan untuk diri sendiri mahupun keluarga berbanding keburukan untuk penzalim.

"Doa banyak-banyak apabila dianiaya, saya pernah laluinya dan kita tak tahu... dalam beberapa tahun mungkin pengurus tu perlu beri laporan pada suami awak pula. 

"Sama macam suami saya, kita marah sangat kalau orang buat jahat pada dia tapi dia selalu balas Allah nampak.

"Sama kisah saya, saya minta Allah gantikan reda saya dengan rezeki yang mencurah-curah," ujar beberapa warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain