MELANJUTKAN pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) sememangnya memerlukan kos yang bukan sedikit, memandangkan mahasiswa perlu menanggung pelbagai perbelanjaan seperti yuran, pengangkutan, tempat tinggal, hinggalah bahan pembelajaran.Disebabkan kekangan kewangan itu, seorang mahasiswa tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pensyarahnya yang didakwa mewajibkan pelajar membeli buku tulisannya sendiri.Menurutnya, perbelanjaan tambahan seperti itu pastinya memberi kesan kepada mahasiswa yang mempunyai kekangan kewangan.Ada sebahagian pensyarah menghasilkan buku mereka sendiri bagi memudahkan pelajar. -Gambar hiasan AI"Pensyarah aku di sebuah universiti. Gaya dia memang toksik. Dah la suruh beli buku dia, kalau tak beli nanti dia akan turunkan gred pelajar. "Satu buku RM20. Aku nak tanya pihak universiti atau Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), boleh ke pensyarah buat macam ni kepada pelajar?" soalnya.ARTIKEL BERKAITAN: Malu seumur hidup! Gadis sangka pensyarah tenung sebab ‘minat’... Rupanya tahi hidung keluar-masuk ikut nafasARTIKEL BERKAITAN: Teknologi bikin ‘pening’! Pensyarah dakwa tugasan disiapkan 100 peratus guna AI, pelajar mati-mati tak mengakuLebih mencuri tumpuan, mahasiswa berkenaan turut membuat pengiraan kasar mengenai jumlah keuntungan yang mampu diperoleh pensyarah itu sekiranya ratusan pelajar bagi setiap kelas diwajibkan membeli buku tersebut.Dakwanya, satu kelas mempunyai antara 200 hingga 500 mahasiswa dan pensyarah berkenaan dipercayai mengendalikan kira-kira 10 buah kelas."Kalau minimum 200 pelajar satu kelas, jualan buku berharga RM20 itu boleh mencecah RM4,000 atau RM40,000 sekiranya 10 kelas," kongsinya di media sosial.Tegas mahasiswa itu, dia bukanlah berkira untuk mengeluarkan modal demi ilmu, namun mendakwa terkilan kerana buku berkenaan langsung tidak dimanfaatkan sepenuhnya semasa sesi kuliah."Dia suruh beli tetapi bukan semua benda dalam buku itu dia ajar. Kenapa tidak buat slaid sahaja dan tunjuk kepada semua pelajar?"Memang berkira kalau suruh beli tetapi masa mengajar bukan guna buku tu sangat. Benda yang dia ajar pun lain daripada silibus yang ada dalam buku," katanya.Dalam pada itu, mahasiswa berkenaan berkata dia memilih untuk tidak mendedahkan identiti pensyarah mahupun universiti terbabit bagi menjaga maruah pihak berkenaan.Mahasiswa dakwa wajib beli buku pensyarah RM20.Tak beli, gred didakwa boleh diturunkan.Dia anggar jualan boleh cecah RM40,000.Buku didakwa jarang digunakan ketika kuliah.Netizen pula kecam mahasiswa terlalu berkira.Ringkasan ini dijana oleh AIDia turut mendakwa pensyarah tersebut gemar mendabik dada berkongsi kejayaan anaknya sendiri semasa sesi kuliah, selain sering mengeluarkan kata-kata yang dianggap merendahkan pelajar.Namun begitu, luahan berkenaan menerima reaksi berbaur daripada warga maya yang mana sebahagiannya mengecam tindakan pelajar tersebut kerana dianggap terlalu berkira dalam menuntut ilmu."Kalau tak nak beli sudah. Sebuah buku RM20 je, jangan nak berkira sangat dengan ilmu."RM20 pun berkira. Kita dulu zaman belajar satu buku cecah RM100 lebih. Satu semester je dah habis RM300 lebih untuk buku."Buku universiti RM20 tu murah. Kau cari la buku rujukan betul, dapat tak harga RM20 macam tu," komen warga maya.