ISU membabitkan etnik Rohingya bagaikan tiada kesudahan dan terus menjadi bualan hangat selepas pelbagai pengalaman kurang menyenangkan dikongsi rakyat Malaysia.Terbaru, seorang wanita mendakwa keluarganya diganggu beberapa individu dalam kalangan etnik berkenaan yang bertindak mengemis sambil memakai kostum beruang. Menurut wanita itu, kejadian berlaku ketika dia bersama anaknya berada di sebuah pasar raya di Ampang, Selangor.Pelbagai isu membabitkan etnik Rohingya dikongsi masyarakat. -Gambar hiasan AI"Tolong la kutip maskot-maskot Rohingya ni. Mereka pakai kostum dan buat masalah. Mereka suka-suka terjah apabila orang nak masuk ke dalam."Mereka ni kurang ajar sangat," luah wanita tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan Rohingya bawa anak ‘menyelit’ kenduri abang, keluarga tergamam tiba-tiba duduk makan - “Dia salam kaut bagi tisu”ARTIKEL BERKAITAN: “Dia kata orang tempatan bodoh!” - Ibu ‘menyirap’ anak 2 tahun disamakan macam monyet, ikut hati nak tumbuk wanita RohingyaTambah wanita berkenaan, tindakan melampau salah seorang daripada mereka yang tergamak merampas mainan di tangan anaknya benar-benar mencabar kesabaran."Siap rebut mainan anak aku ya. Semua maskot kat sini semuanya Rohingya. Siap masuk dalam kedai-kedai kutip duit. Peluk-peluk paksa orang bagi duit," katanya.Wanita mendakwa keluarganya diganggu individu berkostum maskot di pasar rayaMainan anak turut didakwa direbut sehingga mencetuskan rasa kurang senangDakwa maskot mendekati dan memeluk pelanggan sebelum meminta wangNetizen tampil berkongsi pengalaman pernah dikejar dan ‘diterjah’ maskotAda mendakwa kumpulan terbabit pernah dihalau tetapi kembali ke lokasi samaRingkasan ini dijana oleh AIPerkongsian berkenaan menarik perhatian netizen yang mengakui kewujudan kumpulan maskot berkenaan yang didakwa kerap mengganggu serta memaksa pengunjung pasar raya memberi wang."Saya kena kejar dengan maskot Rohingya ni. Macam mana saya tahu Rohingya? Saya nampak dia dekat dalam tu dengan mata bengis sebab tak bagi duit. Dia pijak kaki saya."Baru ni mereka dah kena halau dengan pihak pasar raya tapi lepas tu datang balik. Apabila buka kepala maskot tu memang sah mereka adalah Rohingya."Kurang selesa dekat situ. Anak saya menangis teruk hari tu sebab dia datang terjah," komen warga maya.