Tetamu diingatkan supaya mengambil makanan secara berpada-pada ketika menghadiri majlis kenduri. -Gambar hiasan AI (kiri)
AKIBAT tersalah masuk dewan majlis perkahwinan, sebuah keluarga terpaksa meninggalkan makanan yang sudah diambil dari atas meja.Situasi itu dikongsikan seorang individu selepas dia menyedari terdapat beberapa pinggan berisi lauk-pauk lengkap langsung tidak tersentuh dari awal hingga dia selesai makan. Menurutnya, dia bersama dua rakan pada mulanya tertanya-tanya mengenai makanan berkenaan kerana ditinggalkan tanpa diusik ketika menghadiri majlis di sebuah dewan di Kulai, Johor.Setiap tetamu perlu beradab ketika menghadiri majlis kenduri. -Gambar hiasan AI"Di meja yang aku duduk tu ada makanan yang siap diambil daripada meja bufet. Semua lauk diambilnya."Bukan seorang tapi tiga tetamu. Daripada aku mula sampai hingga selesai makan, makanan itu langsung tak terusik," ceritanya di Threads.Dalam hantaran itu, lelaki ini berkongsi foto menunjukkan tiga pinggan berisi nasi dan pelbagai lauk, tiga gelas air serta pencuci mulut dibiarkan begitu sahaja.Persoalan itu akhirnya terjawab apabila dia mendapat tahu tetamu terbabit sebenarnya tersalah masuk dewan, memandangkan terdapat satu lagi majlis perkahwinan yang berlangsung serentak di sebelah.ARTIKEL BERKAITAN: Panduan khusus buat kaum lelaki hadir ke majlis perkahwinan... Elak pakai jersi, salam keruk jangan minta bakiARTIKEL BERKAITAN: Wanita ajar tetamu adab ke majlis kahwin! Jangan memandai jadi wakil pihak pengantin jemput orang lain"Fikir punya fikir, akhirnya aku dapat jawapannya. Keluarga ni tersilap masuk dewan. Dia sepatutnya ke dewan sebelah."Jadi mereka tinggalkan makanan begitu saja. Kalau anda, apa yang anda lakukan. Sayangnya makanan ditinggalkan.Di ruangan komen, perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, dengan ada yang turut berkongsi pengalaman tersalah menghadiri majlis kenduri.Sebuah keluarga tersalah masuk dewan majlis perkahwinan.Tiga pinggan makanan ditinggalkan tanpa terusik.Tetamu sepatutnya menghadiri majlis di dewan sebelah.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen.Ada yang pernah mengalami situasi tersalah masuk kenduri.Ringkasan ini dijana oleh AISeorang netizen berkata, dia pernah mengalami situasi sama bersama keluarganya, namun tuan rumah tetap membenarkan mereka menikmati hidangan sebelum pulang."Masa tu anak-anak saya sudah pergi cedok air balang, siap minum dah. Tapi keliru sebab tengok tuan rumahnya lain."Terus pergi tanya, nama tuan rumah. Alamak salah orang. Tapi dia suruh kami makan dulu. Dia halalkan. Baik sangat orangnya."Lauk pula sedap. Masa keluar dari kawasan rumahnya, saya hulurkan sikit duit dalam sampul masa bersalam tu," cerita netizen itu memberi respons kepada hantaran asal.Sebagai peringatan, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus menegaskan hukum memakan makanan di majlis kenduri kahwin tanpa diundang diibaratkan seperti mencuri.Justeru, jika seseorang terlanjur menikmati hidangan tanpa jemputan, individu berkenaan wajib bertaubat serta membayar semula ganti rugi kepada tuan rumah.