suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mas kahwin dalam bingkai gambar bertukar jadi ‘kertas‘... Wanita terkilan hanya sempat merasa RM20, syak kerja individu paling rapat!

Pasangan suami isteri pasti kecewa apabila mendapati wang mas kahwin yang disimpan adalah palsu. -Gambar hiasan AI

NIAT seorang wanita menyimpan wang mas kahwin sebagai kenang-kenangan bertukar episod menyedihkan apabila mendapati ia ditukar dengan helaian duit palsu.

Lebih mengecewakan perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh individu rapat ketika dia dan suami tiada di rumah.

Meluahkan rasa terkilan dengan peristiwa yang berlaku, dia hanya menyedari perkara tersebut selepas diminta suaminya memeriksa semula wang berkenaan susulan simpul ikatannya kelihatan seperti sudah diusik.

"Niat nak simpan duit mas kahwin saya, tapi bila tengok semula tiba-tiba duit dah ditukar menjadi palsu.

Duit palsu yang digantikan ke dalam bingkai gambar mas kahwinnya.

Duit palsu yang digantikan ke dalam bingkai gambar mas kahwinnya.

"Hati mana tak sedih dan hancur apabila duit mas kahwin jadi macam ni. Nak menipu pun agak-agaklah," luahnya di Threads.

Menurut pengadu, jumlah mas kahwin yang diterimanya ialah RM100 dan kesemua wang tersebut pada asalnya adalah tulen.

Ia berikutan dia pernah menggunakan sekeping wang bernilai RM20 sebelum menyimpan baki RM80 sebagai kenangan perkahwinan mereka.

  • Seorang wanita kecewa apabila baki wang mas kahwin yang disimpan sebagai kenangan dipercayai ditukar dengan salinan fotostat.
  • Perbuatan itu disyaki berlaku ketika dia dan suaminya tiada di rumah selama seminggu.
  • Mas kahwin asalnya berjumlah RM100, namun selepas menggunakan RM20, dia menyimpan baki RM80 selama hampir dua tahun.
  • Suaminya menyedari ikatan wang tersebut seperti sudah diusik, manakala pita pelekat pada wang fotostat juga berbeza daripada yang asli.
  • Netizen terkejut ada individu sanggup mencuri RM80, namun sebahagiannya berpendapat wang berkenaan mungkin sudah palsu sejak awal.

Bagaimanapun, ketika dia dan suami tiada di rumah selama seminggu, seseorang dipercayai mengambil wang tersebut sebelum menggantikannya dengan salinan fotostat.

"Saya dengan suami memang tiada di rumah pada minggu itu. Apabila balik, suami suruh periksa sebab nampak macam sudah diusik.

"Apabila saya tengok, duit sudah bersepah daripada ikatan tali. Pita pelekat yang asli pendek, tapi yang difotostat ni panjang," jelasnya sambil menyatakan enggan menuduh siapa yang melakukan perbuatan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak jadi nikah sebab tunang meninggal, lelaki mahu kahwin wanita lain! Buntu keluarga arwah enggan pulangkan duit hantaran

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan suami menghilang, gagal dikesan... Wanita ini sedih rumah tangga tak normal - “Cincin kahwin pun pakai duit aku”

Pun begitu, dia mengharapkan individu berkenaan tampil mengaku selepas membaca perkongsian yang dibuatnya.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya beranggapan wang tersebut sememangnya palsu sejak awal lagi.

"Berusaha betul nak curi RM80 pun, punya terdesak tu sampai sanggup fotostat.

"Biasanya kalau bingkaikan mas kahwin ni memang pembuat guna duit tipu, cuba tanya pihak lelaki dulu atau terus hubungi mereka je," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain