AKTIF bersiaran langsung di TikTok bersama isteri sambil menghasilkan kandungan memasak, pelawak Shashic Iewan mendedahkan dia sanggup menahan lapar demi memenuhi permintaan wanita itu.Shashic, 35, berkata dia terpaksa berpuasa pada waktu siang kerana isterinya, Filzah Azmi mengambil masa sehingga tiga jam untuk memasak sambil merakamkan kandungan. Menurutnya, Filzah lebih mengutamakan penghasilan kandungan sebelum mereka menikmati hidangan yang disediakan.Gelagat Shashic dan isteri cuit hati netizen.“Isteri saya memang rajin buat kandungan. Apa sahaja yang saya buat, semuanya dia nak jadikan kandungan sebab dia selalu rasa saya buat duit.“Jadi, saya kena puasa siang sebab dia akan masak pada waktu malam. Macam kais pagi makan pagi sebab dia masak sampai tiga jam. Dia akan fokus pada kandungan dia dahulu, kemudian barulah saya.“Memang lapar, tetapi demi kandungan, saya tidak kisah. Lebih-lebih lagi kalau video itu tular, saya okey sahaja,” katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Shashic tak sabar nak timang anak, sudah usaha tapi belum rezeki - “Bukan senang buat baby”ARTIKEL BERKAITAN: Shashic bakal jayakan ‘stand up comedy’ solo, mahu buktikan orang gagap mampu buat penonton ketawaMengulas mengenai komen netizen yang menganggap tempoh memasak mereka terlalu lama, Shashic berkata dia tidak kisah kerana mereka turut menghiburkan penonton menerusi siaran langsung berkenaan.Jelasnya, Filzah sengaja mencari cara untuk menarik perhatian penonton bagi memastikan orang ramai terus mengikuti kandungan mereka.“Saya pula jenis kalau bekerja sahaja baru buat kandungan. Tetapi isteri, ketika berada di rumah pun dia tetap buat kandungan, termasuklah ketika memasak,” jelasnya.Ditanya mengenai tindakan isterinya yang kadangkala dilihat kasar ketika menghasilkan kandungan, Shashic berkata perkara itu sekadar gimik untuk menghiburkan penonton. Dia seorang isteri yang sangat taat dan tahu menghormati saya.SHASHIC IEWANPELAWAKSebaliknya, dia menyifatkan Fazilah sebagai seorang isteri yang taat dan sangat menghormati dirinya.“Bagi saya, tiada masalah sebab itu sekadar kandungan. Isteri saya ketika bersiaran langsung cuba mencari cara untuk menarik perhatian orang supaya terus menonton kami.“Isteri pun daripada industri yang sama, jadi kami saling memahami antara satu sama lain.Shashic lebih mengenali isterinya.“Tetapi apabila kamera ditutup, dia tidak begitu. Sebenarnya, dia bukan seperti yang dilihat dalam kandungan kerana dia seorang isteri yang sangat taat dan tahu menghormati saya.“Apabila kamera sudah ditutup, dia hendak marah saya pun tidak jadi sebab akhirnya kami akan tergelak,” ujarnya.Untuk rekod, Shashic mendirikan rumah tangga bersama pelawak Filzah Azmi atau lebih dikenali Filzah Awok pada Jun 2023.