suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak rela doktor lelaki ‘intai’ bahagian sulit isteri, suami sanggup panggil mak bidan datang rumah

Sesetengah golongan suami tidak selesa sekiranya proses isteri melahirkan anak dikendalikan pasukan perubatan lelaki. -Gambar hiasan AI

MENJELANG detik kelahiran cahaya mata, pelbagai perkara menjadi pertimbangan pasangan suami isteri, termasuk soal keselamatan ibu dan bayi sehinggalah soal penjagaan aurat ketika proses bersalin.

Bagi sesetengah suami, kehadiran doktor lelaki di dewan bersalin kadangkala menimbulkan rasa kurang selesa, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pemeriksaan pada bahagian sulit isteri.

Malah, ada yang sanggup mempertimbangkan kaedah bersalin di rumah semata-mata mahu mengelakkan aurat pasangan dilihat oleh petugas perubatan lelaki.

Perkara itu menjadi perhatian selepas seorang lelaki meluahkan kebimbangannya mengenai kemungkinan doktor lelaki mengendalikan proses kelahiran isterinya di hospital.

Proses melahirkan anak memerlukan perhatian yang sewajarnya daripada pasukan perubatan bertauliah. -Gambar hiasan

Proses melahirkan anak memerlukan perhatian yang sewajarnya daripada pasukan perubatan bertauliah. -Gambar hiasan

"Aku lagi rela isteri bersalin dekat rumah dan panggil bidan daripada ke hospital sebab aku tak nak doktor lelaki tengok bahagian sulit isteri.

"Bukan masalah cemburu tapi masalah pemikiran doktor lelaki tu, valid kan perasaan aku ni?" soalnya menerusi hantaran di media sosial.

Pada masa sama, dia turut berkongsi beberapa tangkap layar artikel berkaitan serangan dan gangguan seksual yang dilakukan doktor terhadap pesakit hamil.

Ia sekali gus menyokong kebimbangannya terhadap kehadiran pasukan perubatan lelaki.

  • Seorang lelaki meluahkan kebimbangan mengenai kehadiran doktor lelaki ketika proses kelahiran isterinya di hospital.
  • Lelaki itu mengakui lebih rela isterinya bersalin di rumah dengan bantuan bidan demi menjaga aurat pasangan.
  • Dia turut berkongsi beberapa artikel berkaitan gangguan seksual oleh doktor terhadap pesakit hamil bagi menyokong kebimbangannya.
  • Seorang doktor tampil memberikan pandangan dan mencadangkan lelaki itu memilih hospital swasta yang menyediakan khidmat pakar perubatan wanita.
  • Doktor berkenaan mengakui kebimbangan lelaki itu boleh difahami, namun menyifatkan cadangan bersalin di rumah sebagai penyelesaian yang kurang sesuai.

Luahannya itu mendapat perhatian seorang doktor lelaki yang tampil memberikan pandangan mengenai kebimbangan tersebut.

Menerusi ruangan balas, doktor yang menggunakan nama dr_amal_amani menyarankan lelaki berkenaan supaya membuat persediaan kewangan sekiranya mahu memastikan isterinya dikendalikan pakar perubatan wanita.

"Kumpul duit, kerja kuat, tempah bersalin di hospital swasta dengan doktor pakar perempuan. Ramai sangat-sangat, kalau mampu bersalin dengan Prof Dr Imelda di KPJ," cadangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku takkan maafkan!” - Suami keluar suluk 20 hari ketika isteri tunggu masa nak bersalin, siap tinggal telefon di rumah

ARTIKEL BERKAITAN: 3 kali bersalin, wanita tak sangka keempat paling mendebarkan... Suami jadi bidan terjun sambut anak lahir di rumah

Bagaimanapun, doktor berkenaan menjelaskan bahawa dia tidak menolak atau memperlekehkan perasaan bimbang yang diluahkan pengadu.

Sebaliknya, dia berpandangan penyelesaian agar isterinya bersalin di rumah kurang sesuai, terutama apabila melibatkan proses kelahiran yang memerlukan perhatian dan penjagaan perubatan.

"Kerisauan abang tu macam valid. Tetapi, penyelesaian yang abang fikirkan tu macam banyak sangat tengok cerita Walid. You can do better, bang. Kita lelaki, kita provider, so please provide," ujarnya.

Perkongsian tersebut secara tidak langsung membuka perbincangan mengenai kepentingan persediaan pasangan sebelum kelahiran, termasuk pemilihan petugas perubatan yang sesuai dengan keperluan dan keselesaan ibu.

Artikel Lain