suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan pesakit tapi fitnah di Google Review sebab tak izin guna tandas... Bos klinik terus hantar LOD, ‘ajar’ individu biadab!

Adab bertandang ke tempat orang... Pastikan dapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum menggunakan fasiliti yang disediakan di sesebuah premis. -Gambar hiasan AI

SIKAP bertolak ansur dan bertimbang rasa yang ditunjukkan pihak pengurusan sesebuah premis tidak seharusnya disalahgunakan sehingga adab serta rasa hormat diketepikan.

Begitulah situasi mengecewakan dihadapi kakitangan sebuah klinik apabila segelintir individu luar selamba memasuki premis mereka semata-mata untuk menggunakan tandas.

Lebih menimbulkan rasa terkilan, kebanyakan mereka terus meluru ke tandas tanpa menegur atau meminta izin terlebih dahulu, sekali gus membuatkan staf yang bertugas terpinga-pinga.

Meluahkan situasi tersebut di laman Threads, seorang pekerja klinik memberitahu pihak pengurusan sebenarnya langsung tidak berkira untuk berkongsi kemudahan, namun terkilan dengan sikap kurang adab sesetengah pengunjung.

"Serius tak kisah, cuma jangan masuk macam klinik tu rumah sendiri sebab kakitangan akan ingat orang masuk tu pesakit nak dapatkan rawatan.

Segelintir individu meninggalkan ulasan buruk disebabkan tidak berpuas hati apabila permintaan mereka ditolak. -Gambar hiasan AI

Segelintir individu meninggalkan ulasan buruk disebabkan tidak berpuas hati apabila permintaan mereka ditolak. -Gambar hiasan AI

"Sekurang-kurangnya tegurlah dulu dan beritahu nak tumpang guna tandas," ujarnya berkongsi situasi yang kerap berlaku itu di Thread.

Menjelaskan lanjut tentang isu tersebut, dia berkata perkara yang dibangkitkan bukan mengenai penggunaan tandas semata-mata, sebaliknya adab ketika memasuki premis milik orang lain.

"Bukan isu tandas pun sebenarnya, isunya cara kita masuk ke tempat orang. Minta izin itu nampak macam perkara kecil, tetapi sebenarnya menunjukkan kita mempunyai rasa hormat," jelasnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya yang rata-ratanya bersetuju tentang pentingnya adab ketika 'bertandang'.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman hampir serupa, termasuk seorang petugas klinik yang premisnya terletak bersebelahan sebuah bank.

  • Pengurusan sebuah klinik terkilan apabila ada yang masuk tandas premisnya tanpa meminta izin.
  • Kakitangan sering menyangka individu yang memasuki premis itu sebagai pesakit.
  • Seorang petugas klinik lain turut berdepan masalah sama apabila pelanggan bank bersebelahan semakin kerap datang menggunakan tandas premisnya.
  • Klinik tersebut akhirnya mengehadkan penggunaan tandas kepada pesakit sahaja.
  • Seorang pelanggan yang tidak dibenarkan menggunakan tandas meninggalkan ulasan buruk di Google, menyebabkan pihak klinik menghantar surat tuntutan dan memfailkan saman fitnah.

Menurutnya, pelanggan bank sering diarahkan untuk menggunakan tandas di kliniknya sehingga jumlah pengunjung luar semakin bertambah dari hari ke hari.

Pada mulanya, pihak klinik tidak keberatan membenarkan mereka menggunakan kemudahan tersebut, namun akhirnya terpaksa menetapkan peraturan bahawa tandas hanya untuk pesakit.

"Klinik kami bersebelahan bank. Kalau pelanggan bank nak guna tandas, mereka disuruh pergi ke klinik kami.

"Pada mulanya kami tak kisah, tetapi makin hari makin ramai dan kerap pelanggan bank datang. Jadi kami tetapkan peraturan tandas hanya untuk pesakit," ceritanya.

Malah katanya, peraturan itu dibuat atas faktor keselamatan disebabkan terdapat kes jenayah pecah premis pernah berlaku di kawasan sekitar.

ARTIKEL BERKAITAN: Datang kafe tapi tak order apa-apa, pemilik terkilan premis dijadikan ‘port’ jumpa klien... Tumpang ‘aircond’ tunggu e-hailing pun ramai!

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk ‘showroom’ pakai selipar jamban, wanita ini terkejut dilayan macam VIP... Paling tersentuh doa SA semasa serah kenderaan

Bagaimanapun, keputusan tegas itu akhirnya menimbulkan konflik apabila seorang individu bertindak 'membalas dendam' dengan meninggalkan ulasan buruk di Google Review klinik tersebut.

Terkejut dengan tindakan itu, pihak pengurusan cuba berunding dengan meminta individu terbabit menurunkan ulasan tersebut.

Namun malangnya, permintaan mereka tidak dilayan kerana individu berkenaan merasakan dia mempunyai hak berbuat demikian.

Susulan itu, pihak pengurusan klinik terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan atas dakwaan memfitnah dan menjatuhkan reputasi premis.

"Bos dah hubungi dia dan cakap elok-elok minta dia turunkan komen tu tapi dia rasa dia ada hak. Jadi bos terus hantar LOD (letter of demand) dan sekarang kami failkan saman sebab memfitnah," tambahnya berkongsi situasi yang dialami.

Artikel Lain