Kasih sayang terhadap pasangan tidak semestinya dizahirkan dengan wang ringgit semata-mata. -Gambar hiasan AI
INGATAN seorang suami atau isteri terhadap pasangan masing-masing tidak semestinya perlu dizahirkan menerusi hadiah mahal atau kejutan mewah.Sebaliknya, perkara kecil yang dilakukan dengan penuh keikhlasan juga mampu menyentuh hati pasangan. Begitulah kisah yang dikongsikan seorang wanita mengenai suaminya apabila lelaki itu sanggup menyimpan burger pemberian majikan untuk dibawa pulang dan diberikan kepadanya."Malam tadi aku makan burger sambil menangis teresak-esak. Sebab burger tu bos laki aku belanja dia dengan staf-staf dekat tempat kerja."Tapi laki aku simpan bawa balik burger tu bagi dekat aku. Padahal dia belum makan apa-apa pun lagi," kongsinya. Sikap suami yang bertanggungjawab dan ringan tulang dapat mewujudkan suasana rumah tangga harmoni dan bahagia. -Gambar hiasan AIMenurut wanita berkenaan, sikap si suami yang sentiasa mengutamakan dirinya bukanlah sesuatu yang baharu.Tambahnya, dia terharu lelaki berkenaan tetap mengutamakan isteri berbanding diri sendiri meskipun sudah lebih sedekad mereka mendirikan rumah tangga.ARTIKEL BERKAITAN: Suami syukur isteri bukan wanita tipikal sibuk gosip artis kahwin-cerai... Hebat di ranjang, rumah tangga ibarat syurgaARTIKEL BERKAITAN: Kuasa doa seorang isteri, suami ketagih ketum akhirnya insaf! Tak mahu anak lelaki ikut jejak bapa ‘kain buruk’"Ini bukan kali pertama. Banyak kali macam tu sepanjang kami kahwin hampir 11 tahun dah. "Apa saja benda yang saya suka mesti dia belikan, dia dahulukan," luahnya menerusi hantaran di Threads.Sekadar berkongsi luahan gembira di media sosial, wanita tersebut dalam masa yang sama memohon warga maya menitipkan doa agar suaminya sentiasa dimurahkan rezeki atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan sepanjang kehidupan mereka bersama.Seorang wanita terharu apabila suaminya menyimpan burger pemberian majikan untuk dibawa pulang kepadanya.Suami mengutamakannya walaupun diri sendiri belum menjamah makanan.Ujarnya, suami sentiasa mengutamakannya sepanjang hampir 11 tahun mereka berkahwin.Dia turut memohon orang ramai mendoakan agar suaminya sentiasa dimurahkan rezeki.Warga maya menyifatkan wanita tersebut bertuah dikurniakan suami yang pandai mengambil hati. Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya menyifatkan wanita berkenaan sebagai bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang pandai mengambil hati isteri."Suami puan green forest. Semoga Allah sentiasa melimpah-ruahkan rezeki puan sekeluarga."Suami dari syurga. Semoga kekal sampai syurga."Spesies suami baik macam ni memang susah nak dicari ya," demikian komen netizen.