suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bau masam, hitam berkeladak! Bekas penjaga taska dedah SOP urus botol susu - “Guna hari ini, esok baru cuci!”

Segelintir pihak tadika kurang cakna akan aspek kebersihan terutamanya penggunaan botol susu kanak-kanak. -Gambar hiasan AI

ISU kebersihan di pusat asuhan dan tadika sentiasa menjadi kerisauan utama ibu bapa, terutamanya membabitkan penjagaan peralatan makanan anak-anak.

Penggunaan botol susu yang tidak dibersihkan dengan sempurna bukan sahaja berisiko menjadi sarang kuman, malah boleh menjadi punca utama kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit serta keracunan makanan.

Menurut cerita seorang wanita, dia pernah berdepan pengalaman menjijikkan sewaktu bekerja di sebuah tadika, apabila mendapati botol susu murid di situ berbau masam dan berkeladak.

Kebanyakan ibu bapa mula menghantar anak-anak ke tadika seawal usia tiga tahun. -Gambar hiasan AI

Ujar wanita berkenaan, pihak tadika didakwa culas menjaga kebersihan peralatan terbabit walaupun setiap botol sudah dilabelkan nama pemilik masing-masing.

"Setiap botol susu sebenarnya dah ada nama supaya tak tertukar. Tapi masa nak bancuh susu, saya terkejut apabila dapati kebanyakan botol berbau masam dan berkeladak.

"Apabila disiasat, rupanya botol-botol yang ditinggalkan mak ayah dekat taska itu dicuci oleh tukang masak.

"Botol yang diguna hari ini, keesokannya baru dicuci... sebab itulah semuanya jadi masam dan tak bersih.

  • Seorang wanita terkejut apabila mendapati kebanyakan botol susu kanak-kanak di sebuah tadika berbau masam dan berkeladak.
  • Botol susu yang sudah dilabelkan dengan nama masing-masing didakwa tidak dibersihkan dengan sempurna.]
  • Menurutnya, botol susu itu hanya dicuci pada keesokan hari selepas digunakan.
  • Dia mendakwa botol susu berkenaan hanya dibersihkan seperti biasa tanpa proses pembersihan yang rapi.

"Gaya cuci pun biasa sahaja, langsung tak direndam atau dibilas dengan air panas. Ini salah satu faktor kenapa anak-anak kerap sakit," ujarnya.

Mengulas lanjut, wanita itu mengakui situasi sedemikian bukanlah kali pertama ditemuinya kerana dia sendiri pernah berdepan pengalaman buruk ketika menghantar anaknya ke sebuah pusat asuhan.

Jelasnya, sepanjang empat bulan anaknya mendaftar di situ, dia sentiasa menyediakan keperluan yang mencukupi termasuk bekalan botol susu tambahan yang baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aduan diabai pengetua tadika, guru akhirnya dedah kegiatan staf dapur pengotor... Cuci mop dalam periuk!

ARTIKEL BERKAITAN: Abang simpati nasib adik kerja guru tadika... Gaji rendah, ‘owner‘ didakwa hidup mewah - "Yuran punyalah mahal"

Namun, alangkah terkejutnya dia apabila pihak pengasuh tertukar botol susu anaknya dengan kanak-kanak lain, selain dipulangkan dalam keadaan amat menjijikkan.

"Masa nak ambil barang anak, pengasuh cuma pulangkan satu botol susu dan itu pun bukan anak saya punya. Anak saya tak pernah guna jenama Pigeon. Botol yang dia bagi tu pula sangat berkeladak dan berbau masam!

"Barang-barang lain langsung tak dipulangkan. Masa nak ambil walker pun, nampak anak orang lain tengah pakai... memang bising dan bebel panjang suami saya," tambahnya.

Artikel Lain