suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aduan diabai pengetua tadika, guru akhirnya dedah kegiatan staf dapur pengotor... Cuci mop dalam periuk!

Video dan gambar tersebar memaparkan seorang kakitangan dapur di sebuah tadika di Jiangsu sedang membersihkan mop di dalam periuk masakan. -Foto SCMP/Myzaker

PIHAK berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap 11 pegawai serta memecat semua kakitangan dapur sebuah tadika selepas seorang guru mendedahkan amalan kebersihan yang mengejutkan di premis berkenaan.

Kejadian bermula selepas beberapa kanak-kanak di Tadika Gabungan Universiti Sains dan Teknologi Maklumat Nanjing, Jiangsu, China mengalami loya dan muntah selepas makan tengah hari pada 30 Jun lalu.

Menurut laporan, ibu bapa sudah beberapa kali mempersoalkan tahap kebersihan tadika sepanjang cuti musim panas, namun tidak menerima maklum balas rasmi sehingga September.

Segala-galanya terbongkar selepas seorang guru merangkap penyelia keselamatan kantin, dikenali sebagai Wang, membuat pendedahan menerusi media sosial dan  mendakwa beberapa amalan tidak bersih berlaku di dapur tadika.

Antaranya termasuk mencuci mop dan penutup longkang menggunakan periuk yang digunakan untuk memasak, selain membersihkan jaring nyamuk di singki penyediaan makanan.

Wang turut mendakwa berlaku pengambilan bahan makanan oleh kakitangan tanpa kebenaran.

Guru itu berkata, perkara tersebut sudah beberapa kali dilaporkan kepada pengetua, namun tiada tindakan sewajarnya diambil malah pihak tadika dan pejabat kejiranan menafikan dakwaan tersebut serta menuduh Wang menyebarkan khabar angin.

Bagaimanapun, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kemudian mengesahkan dakwaan berhubung semua dakwaan Wang.

Pada 22 September lalu, kerajaan daerah menubuhkan pasukan siasatan dan mengesahkan terdapat 'masalah serius' di dapur tadika berkenaan.

Susulan siasatan itu, pengetua, timbalan pengetua yang bertanggungjawab terhadap urusan logistik serta semua kakitangan dapur dipecat.

Selain itu, 11 pegawai menerima surat amaran serta tindakan tatatertib kerana gagal melaksanakan tanggungjawab penyeliaan.

 

Artikel Lain