PERTENGKARAN dua adik-beradik lelaki berhubung tuduhan mencuri bertukar menjadi serangan bersenjata apabila seorang daripada mereka didakwa melepaskan tembakan selepas dibaling mangkuk seramik.Kejadian berlaku di Groveland, Florida, Amerika Syarikat pada Selasa. Pejabat Sheriff Lake County memaklumkan, anggotanya menerima laporan berhubung kejadian tembakan di sebuah rumah sekitar pukul 12 tengah hari.Siasatan awal mendapati mangsa membaling mangkuk seramik ke arah suspek ketika pertengkaran mereka semakin tegang.Berang dengan apa yang berlaku, suspek kemudian didakwa pulang ke rumahnya untuk mengambil senapang sebelum mengacukan senjata itu ke arah mangsa."Suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa," menurut kenyataan pihak sheriff.Namun peluru-peluru yang dilepaskan mengenai rumah mangsa sekali gus tiada kecederaan dilaporkan.Susulan daripada itu, suspek kini diburu polis selepas dia didapati hilang dari kediamannya. -Agensi