suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu sedap bercuti naik ‘cruise’, tinggal empat anak kecil di rumah... Status WhatsApp buat kantoi!

Percutian atas kapal persiaran merupakan impian ramai. -Gambar hiasan AI

EMPAT beradik termasuk bayi berusia dua bulan ditemukan bersembunyi bersama di dalam bilik air selepas ibu mereka didakwa keluar bercuti menaiki kapal persiaran.

Nasib malang kesemua kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa itu akhirnya terbongkar apabila bapa kepada kesemua mereka datang untuk menjenguk.

Menurut laporan ABC News, ibu mereka iaitu Nathalie Belizaire, 29, kini berdepan empat pertuduhan pengabaian kanak-kanak susulan kejadian yang berlaku di North Miami Beach, Florida, Amerika Syarikat.

Kejadian berkenaan disedari pada 26 September apabila Lether Bazile, iaitu bapa kepada kanak-kanak malang berkenaan pergi ke rumah Belizaire.

Dia melihat televisyen masih terpasang melalui celah bidai tingkap dan terdengar anak-anak bercakap di dalam rumah, lalu menghubungi talian kecemasan 911.

Anggota polis yang tiba kemudian menemukan keempat-empat beradik itu bersembunyi bersama di dalam bilik air.

Sebelum insiden itu, Bazile memberitahu polis bahawa dia melihat hantaran WhatsApp Belizaire pada 24 September yang menunjukkan bukti pembelian tiket kapal persiaran.

Dalam perbualan terakhir mereka pada hari yang sama, wanita itu memberi jaminan bahawa kesemua anaknya akan dihantar ke rumah moyang mereka sepanjang dia berada di luar kawasan.

Namun, moyang kanak-kanak tersebut memberitahu polis bahawa Belizaire tidak pernah menghantar mereka, meskipun sudah menyatakan hasrat untuk berbuat demikian.

Siasatan mendapati wanita itu mempunyai tiket pelayaran selama tiga hari ke Bahamas dengan tarikh berlepas pada 25 September.

Bagaimanapun, abang Belizaire pula memberitahu penyiasat bahawa dia menerima mesej daripada wanita itu pada 26 September yang memintanya menjenguk kanak-kanak berkenaan.

Susulan laporan yang diterima, anggota polis pergi ke PortMiami dan menahan Belizaire pada 28 September sebaik sahaja dia pulang daripada pelayaran tersebut.

Wanita itu enggan memberikan kenyataan kepada polis dan dibawa ke mahkamah pada 29 September untuk pendengaran jaminan.

Sehingga laporan ini diterbitkan, Belizaire belum membuat pengakuan terhadap pertuduhan, manakala peguamnya belum memberikan maklum balas kepada permintaan untuk mengulas. -Agensi

Artikel Lain