PERTENGKARAN antara suami isteri berakhir tragedi berdarah apabila seorang lelaki maut selepas didakwa dipukul menggunakan pemberat ketika sedang tidur.Kejadian menyayat hati itu dilaporkan berlaku di rumah mereka di Hyderabad, India. Berdasarkan laporan awal, mangsa dikenali sebagai Srinivas, 52, dipercayai diserang oleh isterinya, Ramadevi, pada awal pagi Isnin.Difahamkan pasangan itu bertengkar pada malam sebelumnya.Menurut maklumat awal polis, Ramadevi didakwa memukul leher suaminya yang ketika lelaki itu berada di bawah selimut.Serangan tersebut membuatkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.Ekoran itu, suspek serta anaknya hadir ke balai polis untuk menyerah diri.Polis memaklumkan pasangan berkenaan tinggal di kawasan itu bersama dua anak mereka sejak kira-kira enam bulan lalu.Mereka juga dikatakan kerap bertengkar mengenai hal keluarga, namun polis belum memastikan sama ada perselisihan itu menjadi motif serangan."Kami sedang menyiasat keadaan yang membawa kepada kematian mangsa dan meneliti semua kemungkinan," ujarnya. -Agensi