SEORANG jururawat lelaki dihukum penjara tujuh tahun selepas didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap pesakit wanita ketika membantu mangsa menanggalkan pakaian.Ernest Paul Cruz, 38, dari Merstham, Surrey, England, didapati bersalah atas pertuduhan serangan seksual dan penembusan secara paksa terhadap mangsa yang berusia 30-an. Dia dijatuhi hukuman itu pada Isnin selepas melalui siri perbicaraan sejak kes berkenaan berlaku pada Julai 2023.Kejadian berlaku ketika mangsa mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan Royal Bournemouth Hospital.Menurut fakta kes, Cruz memberitahu mangsa dia perlu menukar baju sebelum membantunya menanggalkan pakaian.Bagaimanapun, jururawat itu kemudian menyentuh mangsa secara tidak wajar sebelum melakukan serangan seksual terhadapnya.Mangsa mendedahkan kejadian tersebut kepada seorang jururawat wanita pada keesokan paginya sebelum ia dimaklumkan kepada polis.Selain hukuman penjara, Cruz turut dikenakan perintah larangan daripada mendekati mangsa, selain dimasukkan ke dalam daftar pesalah seksual. -Agensi