SELEPAS lebih dua dekad bergelar doktor, seorang wanita membuat keputusan mengejutkan apabila meninggalkan kerjayanya demi mengusahakan sebuah kedai pau.Keputusan yang dibuat oleh Dong Min, 48, kira-kira tiga tahun lalu itu ternyata membuahkan hasil apabila dia baru sahaja membuka cawangan kedua, Julai lalu. "Sewaktu menjadi doktor, saya sering terfikir untuk berhenti. Sekarang, mengusahakan kedai pau membuatkan saya sibuk dan penat, tetapi saya sangat gembira sehingga tidak mahu berhenti," katanya.Dong memulakan kerjaya sebagai doktor selepas menamatkan pengajian dalam bidang perubatan pada 1999. Dong baru sahaja membuka cawangan kedua pada Julai lalu. -Foto QQ.ComDia kemudiannya bekerja sebagai pakar sakit puan sebelum membantu ibunya menguruskan sebuah klinik swasta.Menurut Dong, tekanan mental ketika bergelar doktor menjadi antara sebab utama dia mula memikirkan perubahan kerjaya. Pada awalnya, keputusan itu kurang mendapat sokongan keluarganya kerana kerjaya doktor dianggap sebagai pekerjaan yang dihormati. ARTIKEL BERKAITAN: “Perhati kami sampai terbeliak biji mata” - Jururawat pesan henti cari kesalahan, manfaat waktu melawat bersama pesakitNamun, ibunya dan adiknya akhirnya menerima pilihan tersebut dan kini sesekali tampil membantu Dong di kedainya."Umur saya hampir 50 tahun dan sudah melalui banyak pengalaman. Saya tidak lagi kisah apa yang orang fikirkan. Saya hanya mahu jalani kehidupan yang saya suka dan hidup untuk diri sendiri," katanya.Kini, walaupun bekerja lebih 10 jam sehari, Dong berkata dia tidak lagi merasakan tekanan seperti ketika menjadi doktor. - Agensi.