suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Perhati kami sampai terbeliak biji mata” - Jururawat pesan henti cari kesalahan, manfaat waktu melawat bersama pesakit

Ada pelawat mencari salah petugas kesihatan. -Gambar hiasan AI

WAKTU lawatan hospital seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk bertemu dan meluangkan masa bersama ahli keluarga yang sedang menerima rawatan.

Namun seorang staf hospital meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pelawat yang didakwa lebih gemar memerhatikan gerak-geri petugas kesihatan berbanding memberikan perhatian kepada pesakit.

Menurut individu berkenaan, waktu lawatan diberikan bagi membolehkan ahli keluarga menemani pesakit dan bukannya untuk menilai apa dilakukan doktor atau jururawat.

"Nak cakap sikit. Waktu datang melawat dekat hospital, korang datang betul-betul tengok keluarga yang tengah sakit.

Jururawat juga mempunyai masa rehat mereka sendiri. -Gambar hiasan AI

Jururawat juga mempunyai masa rehat mereka sendiri. -Gambar hiasan AI

"Kami jururawat dan doktor bagi peluang. Tengok keluarga korang saja, bukan tengok kami tengah makan, sembang atau main telefon," katanya.

Tambahnya, ada pelawat yang kemudian membuat tanggapan jururawat tidak menjalankan tugas apabila melihat mereka berada di kaunter ketika waktu lawatan.

"Memang kami bagi waktu untuk korang luangkan masa dengan pesakit. Jadi manfaatkan waktu itu betul-betul, bukan sibuk perhatikan kerja kami.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat you orang Malaysia?” - Jururawat kerajaan tengking wanita Rohingya buat kacau di klinik, berani pertikai kos rawatan!

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat hospital sengaja ‘skip’ giliran wanita bertudung labuh, panggil jumpa doktor lepas dua jam setengah tunggu!

"Takkan waktu korang melawat, masa itu juga doktor dan jururawat kena duduk sebelah pesakit. Kami dah rancang nak selesaikan kerja sebelum waktu melawat sebab tak nak ganggu korang," katanya.

Dalam masa sama, individu itu mengingatkan doktor dan jururawat juga memerlukan waktu untuk berehat, makan serta menggunakan tandas seperti orang lain.

"Kalau kami nak makan pun kenapa? Salah ke? Kami robot ke sampai tak perlu makan atau pergi tandas? Perhati kami sampai terbeliak biji mata.

  • Pelawat didakwa sibuk perhati jururawat.
  • Ada anggap jururawat tidak buat kerja.
  • Staf minta pelawat fokus kepada pesakit.
  • Jururawat juga perlukan waktu rehat.
  • Netizen akui ada waris suka cari salah.

"Lebih baik waktu itu digunakan untuk bersama pesakit, urut mereka atau suapkan makanan. Dapat juga pahala," luahnya di media sosial.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui terdapat waris pesakit yang dilihat sengaja mencari kesalahan petugas hospital ketika melawat.

"Betul ada yang sibuk mengalahkan doktor, tanya jururawat bila nak bagi ubat, ubat ini dah bagi makan ke belum.

"Tu belum lagi yang datang melawat tak kira masa, guna lesen saya ini kakitangan hospital sampai pengawal keselamatan pun diam," komen warga maya.

Artikel Lain