suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki seram sejuk kenang minggu orientasi universiti, penuh memori buruk! Tak izin anak-anak harungi perkara sama

Ada sebahagian pelajar melalui pengalaman kurang menyenangkan di zaman universiti. -Gambar hiasan AI

MINGGU orientasi menjadi antara perkara perlu 'harungi' kebanyakan pelajar baharu sebelum memulakan kehidupan di universiti.

Namun bagi seorang lelaki, dia mempersoalkan tentang kewajaran program tersebut yang didakwa lebih banyak meninggalkan kenangan buruk berbanding perkara baik.

Bercerita mengenai pengalaman tidak dapat dilupakan, mereka pernah dipaksa bangun dari tidur kira-kira pukul 4 pagi gara-gara beberapa pelajar ditangkap menghisap rokok di dalam tandas.

Minggu orientasi bertujuan membantu pelajar baharu mengenali lebih dekat suasana kampus. -Gambar hiasan AI

Minggu orientasi bertujuan membantu pelajar baharu mengenali lebih dekat suasana kampus. -Gambar hiasan AI

"Dia kejut satu blok pukul 4 pagi sebab ada yang merokok dekat tandas. Lepas tu suruh semua mencangkung sambil diugut, buat lompat itik setempat sampai dua tiga orang yang merokok tadi mengaku," katanya.

Pengalaman itu membuatkan lelaki berkenaan nekad untuk tidak membenarkan anak-anaknya menyertai aktiviti orientasi pada masa akan datang.

Katanya, pelajar sebenarnya boleh mempelajari sendiri selok-belok kampus dan menyesuaikan diri secara berperingkat tanpa perlu melalui jadual orientasi yang terlalu padat.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita imbau ‘azab’ minggu orientasi... Dipaksa ‘calit’ bukti tidak haid, diperdaya sertai MLM - “Apa khabar fasilitator pembuli?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan sorok ayam bawah telur dadar!” - Musim daftar masuk pelajar universiti bermula, lelaki beri pesanan lucu tapi ‘deep’ untuk junior

"Aku dengan ini berjanji tak akan benarkan anak-anak aku nanti sertai orientasi. Cari saja pelan atau peta universiti dekat Google, lepas tu pandai-pandailah mereka nanti," katanya.

Pada pandangannya, tempoh satu atau dua hari sudah memadai untuk memperkenalkan pelajar baharu kepada persekitaran kampus serta perkara asas yang perlu diketahui.

Dia berpendapat minggu orientasi sepatutnya memberi tumpuan kepada proses membantu pelajar menyesuaikan diri dengan kehidupan universiti, bukannya membebankan mereka dengan aktiviti yang tidak memberikan manfaat.

  • Lelaki imbas pengalaman kurang menyenangkan ketika minggu orientasi universiti.
  • Terkejut melihat pelajar lain tidak sertai orientasi tanpa dikenakan tindakan.
  • Dakwa satu blok dikejutkan pukul 4 pagi gara-gara beberapa pelajar merokok.
  • Nekad tidak mahu anak-anaknya melalui aktiviti orientasi yang dianggap keterlaluan.
  • Netizen berbeza pandangan, ada mempertahankan sesi penting berkaitan akademik dan kebajikan pelajar.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen dengan ada yang menyokong pandangan lelaki itu dan ada juga mempertahankan minggu orientasi sebagai keperluan buat pelajar baru.

"Perlu hadir sesi yang penting berkaitan dengan akademik, kebajikan, dan pembangunan insaniah pelajar. Sebab kalau tidak nanti kita juga yang terpinga-pinga.

"Teringat dulu, masa orientasi, geng fasilitator suruh semua junjung beg atas kepala. Kemudian mereka marah-marah, tiba-tiba nyanyi lagu selamat hari jadi. Kononnya kejutan. Terus aku blah," komen netizen.

Artikel Lain