suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sudahlah sengkek, memilih pula! Wanita ralat kawan tak pandang kerja 2 jam upah RM80, anggap ‘housekeeping’ tiada standard

Mencari rezeki tambahan menerusi kerja sampingan mampu meringankan beban kewangan harian. -Gambar hiasan AI

USAHA seorang wanita untuk membantu meringankan beban kewangan kenalannya berakhir dengan rasa kecewa apabila bantuan yang ditawarkan ditolak mentah-mentah.

Lebih mengejutkan, individu yang sering mengeluh tentang masalah duit itu juga dengan selamba menyatakan tidak berminat dengan tawaran kerja untuknya atas alasan tiada standard.

Berkongsi pengalaman tersebut, wanita ini menyatakan dia hanya meminta rakan terbabit membersihkan inap desa miliknya dengan menyapu, mengemas dan mengutip tuala terpakai.

"Kerjanya mudah saja sebab selebihnya saya yang uruskan macam mencuci dan sebagainya tu.

Mereka yang tergolong dalam kategori pertengahan perlu merancang kewangan dengan teliti. -Gambar hiasan AI

Mereka yang tergolong dalam kategori pertengahan perlu merancang kewangan dengan teliti. -Gambar hiasan AI

"Saya nak bayar RM60 hingga RM80 untuk tempoh dua jam macam tu, tapi dia cakap... tak apalah, saya tak minat macam tu," adunya di Thread.

Menurut pengadu, dia tergerak hati untuk memberikan tawaran itu kerana bersimpati dengan nasib rakannya yang kerap tertekan akibat kesempitan hidup.

  • Seorang wanita kecewa apabila niatnya membantu kenalan yang mengalami masalah kewangan ditolak mentah-mentah.
  • Wanita itu menawarkan kerja sambilan membersihkan inap desa dengan tugasan menyapu, mengemas dan mengutip tuala terpakai.
  • Pekerjaan selama kira-kira dua jam tersebut menawarkan bayaran antara RM60 hingga RM80.
  • Kenalannya menolak tawaran itu kerana tidak berminat, meskipun sering mengadu tidak mempunyai wang mencukupi setiap bulan.
  • Warga maya berkongsi pengalaman serupa dan menasihati wanita berkenaan supaya terus membantu individu yang benar-benar mahu berusaha.

"Dia memang orang susah. Pernah juga dia beritahu setiap bulan tak cukup duit," tambahnya mengimbau situasi rakan berkenaan.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya menyatakan pernah berhadapan situasi sama.

Dalam masa sama ramai juga yang menasihatinya supaya tidak putus asa membantu individu lain yang benar-benar inginkan pekerjaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gaji RM7,000 kongsi sisi hitam flat B40... 15 tahun hadap jiran masak ketum, kaki gaduh sampai kena lapor polis

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dedah beza ‘mindset’ T20, B40 lepas buat ‘eksperimen‘... Baru tahu kenapa orang kaya makin mewah, individu miskin terus fakir

"Saya dulu masa tak ada duit pernah kerja sambilan jadi pemungut sampah, tak merungut sebab yang penting lepas duit belanja.

"Patutlah ramai miskin, sebab nak jadi bos. Apabila kita nasihat, menjawab macam kita pula minta duit dia.

"Kalau RM60 hingga RM80 tu dah kira mahal tau upahnya, dah orang nak bagi rezeki tapi ditolaknya pula," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain