suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayah terdiam anak tergamak tolak RM50, rupanya ada maksud tersirat... Nota ‘duit jalan’ akhirnya rungkai jawapan!

Sebesar mana pun anak di mata dunia mereka kekal kecil di hati seorang bapa. -Gambar hiasan AI

SUDAH menjadi lumrah bagi seorang bapa menghulurkan wang kepada anak ketika mereka masih kecil, sama ada sebagai duit belanja sekolah mahupun untuk membeli barangan keperluan.

Namun bagi seorang lelaki, dia berasa hairan kerana kebiasaan itu masih dilakukan bapanya sehingga kini walaupun dia sudah dewasa dan mempunyai pendapatan sendiri.

Menurut lelaki berkenaan, bapanya akan menghulurkan RM20 atau RM50 setiap kali dia pulang melawat keluarga di kampung.

Tidak salah menerima pemberian ibu bapa. -Gambar hiasan AI

Tidak salah menerima pemberian ibu bapa. -Gambar hiasan AI

"Setiap kali aku balik kampung, ayah mesti selit duit dekat tangan aku. RM20, kadang-kadang RM50.

"Aku dah kerja. Gaji pun jauh lebih besar daripada duit yang ayah bagi. Jadi setiap kali ayah hulur, aku mesti tolak dan suruh dia simpan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sekurang-kurangnya RM50” - Dapat duit bulanan dari ayah pemandu lori, gadis B40 pelik ada pelajar guna PTPTN sara keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Ayah menitis air mata anak lelaki ceraikan isteri... Sanggup bagi duit bulanan sara cucu, sediakan rumah untuk menantu!

Bagaimanapun, bapanya tetap mahu memberikan wang kepadanya seperti kebiasaan sehinggalah pada suatu hari dia berkeras untuk tidak menerima.

"Ayah ni kenapa? Saya bukan budak sekolah lagi. RM50 ni saya boleh cari sendiri.

"Ayah terus diam. Dia masukkan semula duit tu dalam poket," katanya.

Namun sewaktu berhenti di sebuah stesen minyak, dia menemukan sampul kecil di dalam begnya yang mengandungi RM50 berserta tulisan tangan bapanya bertulis 'duit jalan'.

Dia kemudian menghubungi ibunya dan memaklumkan mengenai wang tersebut sebelum menerima penjelasan yang membuatkannya terdiam.

"Mak cakap... ambillah, ayah tahu kau ada duit. Aku tanya kenapa ayah masih berbuat demikian.

"Mak jawab... sebab itu saja cara ayah masih rasa kau perlukan dia,", katanya lagi.

Menurut ibunya, selepas anak-anak meningkat dewasa dan mampu membeli keperluan sendiri, bapanya pernah bertanya apakah lagi yang boleh diberikan kepada mereka.

Penjelasan ringkas itu membuka matanya bahawa wang RM20 atau RM50 daripada seorang bapa sebenarnya membawa makna yang jauh lebih dalam berbanding nilai ringgit itu sendiri.

"Aku selalu fikir menerima duit ayah bermaksud menyusahkan dia. Aku tak pernah fikir mungkin dengan menerimanya, aku sedang membenarkan seorang ayah merasa dirinya masih berguna dalam hidup anaknya," katanya.

  • Ayah tetap hulur RM20 atau RM50 walaupun anak sudah bekerja.
  • Anak sering menolak kerana merasakan dirinya sudah mampu.
  • Bapa diam selepas diminta berhenti memberikan wang.
  • Sampul RM50 bertulis ‘duit jalan’ ditemui dalam beg.
  • Penjelasan ibu mengubah pandangannya terhadap pemberian ayah.

Sejak kejadian itu, lelaki berkenaan tidak lagi menolak sekiranya bapanya menghulurkan wang walaupun hanya RM20.

"Bukan sebab aku perlukan RM20 itu. Tapi sebab sekarang aku faham, apabila anak semakin besar... ada ibu ayah yang bukan takut anak mereka tak mampu hidup sendiri.

"Mereka cuma takut anak mereka sudah tak perlukan mereka langsung," katanya.

Artikel Lain