PADA usia muda, ramai yang terdorong untuk mencuba sesuatu yang baharu tanpa memikirkan kesan buruknya terhadap masa depan.Pengalaman pahit itu diakui sendiri seorang gadis yang kini menanggung penyesalan mendalam selepas membuat keputusan mencacah tatu pada tubuhnya ketika berusia 20 tahun. Menurut gadis berkenaan, tindakan melulu itu tercetus akibat terpengaruh dengan rakan-rakannya, selain mengalami kejutan budaya ketika itu.Menyedari kesilapan adalah perkara terbaik berbanding terus leka melakukannya. -Gambar hiasan AI"Anda yang rasa teringin nak buat tatu, terutama yang Muslim... lebih baik buang jauh-jauh niat tu."Aku buat tatu pertama masa umur 20 tahun. Masa tu kejutan budaya, nak ikut kawan sedangkan kawan-kawan aku tu bukan Muslim," katanya memulakan cerita.Setahun kemudian, dia mencacah tatu kedua sebelum keinginan untuk menambah lebih banyak corak pada tubuhnya semakin kuat.Jelasnya, pada awalnya dia hanya bercadang membuat tatu bersaiz kecil sekadar untuk mencuba, namun keadaan berubah selepas memiliki tatu pertama."Apabila dah ada satu, rasa nak buat lagi tu memang membuak-buak. Macam orang tak fikir panjang masa tu," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Pakar ‘bedah’ maksud di sebalik tatu influencer... Anggap ‘coping skill’ salah, bukan pemulihan jangka panjang - “Dia perlu bantuan segera”ARTIKEL BERKAITAN: Influencer Iman Kamil cacah tatu di lengan kiri, beri bayangan berdepan ujian berat - “Dosa aku terzahir di badan”Bagaimanapun selepas lima tahun, perasaan teruja itu bertukar menjadi penyesalan apabila dia mula tidak selesa melihat tatu pada tubuhnya.Menurutnya, setiap kali melihat diri di hadapan cermin, dia sering membayangkan keadaan kulitnya sekiranya tidak pernah membuat tatu."Cantiknya kulit aku kalau tak ada tatu. Nampak bersih, nampak kemas. Pakai baju apa pun nampak cantik."Aku menyesal sampai setiap kali tengok diri sendiri dekat cermin, aku merungut kenapa dulu aku conteng kulit," katanya penuh penyesalan.Disebabkan penyesalan itu, gadis berkenaan kini sedang menjalani proses menghilangkan tatu menggunakan rawatan laser.Namun katanya, selepas enam sesi, tatu tersebut dianggarkan baru pudar sekitar 40 peratus."Sakit jangan ditanya. Bagi aku, 100 kali lebih sakit daripada buat tatu."Setiap kali laser, aku kena tahan sakit yang aku sendiri pilih untuk lalui disebabkan keputusan yang aku buat dulu," katanya.Gadis mula mencacah tatu ketika berusia 20 tahun.Mengaku terpengaruh dengan rakan dan kejutan budaya.Selepas lima tahun, dia mula menyesali keputusannya.Enam sesi laser hanya memudarkan tatu sekitar 40 peratus.Pengalamannya menjadi peringatan agar tidak membuat keputusan terburu-buru.Ringkasan ini dijana oleh AITambahnya, cabaran bukan sahaja melibatkan kesakitan ketika menjalani rawatan, malah proses untuk menghilangkan tatu sepenuhnya mengambil masa panjang."Kadang-kadang kita ingat cuma buat keputusan untuk hari ini, padahal keputusan itu mungkin jadi penyesalan yang kita bawa bertahun-tahun."Jangan sampai satu keputusan yang ambil masa 10 minit untuk dibuat, ambil masa 10 tahun untuk kita cuba betulkan," katanya.Perkongsian di media sosial itu menarik perhatian netizen yang memberikan kata-kata semangat buat gadis itu untuk cekal dalam berubah ke arah yang lebih baik."Moga dipermudah urusan. Semoga taubat diterima. Terima kasih sebab beri peringatan kepada orang lain. Moga sama-sama dapat pahala."Terima kasih bagi peringatan yang bagus macam ni kak, Tuhan hantar akak sebab saya baru je terfikir benda sama," komen warga maya.